1. Agama Islam memasuki Tanah Melayu dengan penuh lemah lembut tanpa kekerasan seperti peperangan atau penjajahan.
2. Sebelum penjajahan , telah terbukti bahwa Tanah Melayu jauh lebih hebat daripada Barat itu sendiri.
3. Terdapat perkara tertentu yang hukumnya jatuh secara berberza ke atas individu yang berbeza. Contohnya hukum yang berbeza jatuh ke atas seseorang yang ingin menonton wayang bagi tujuan pembelajaran dan bagi seseorang yang ingin melakukan hal yang sama namun tanpa sebarang tujuan yang bermanfaat.
4.Sejak dahulu kala lagi bangsa Melayu telah mengamalkan sifat budi pekerti yang sangat halus dan lembut antara raja dan rakyat dan sesama rakyat. Oleh itu, hal ini harus diteruskan demi kesejahteraan semua seperti yang telah dibuktikan dalam sejarah Tamadun Melayu.
(Siti Zatil Nurhidanah Binti Zakaria, 2015428424)
1. Kita tidak boleh menolak kesemua pantang larang melayu tanpa kita selidik terlebih dahulu, apabila kita menolak terus pantang larang tersebut tanpa selidik, kita dianggap sombong terhadap nenek moyang kita.
2. Kita perlulah bersyukur dengan nikmat islam dalam tamadun melayu kerana islam lah merupakan agama yang paling sempurna.
3. Kita sebagai orang melayu perlulah merasa bangga menjadi seorang rakyat melayu.
4. Kita perlulah mengekalkan elemen agama islam dalam jati diri Melayu agar keunggulan mereka tidak terhakis serta berupaya menggerakkan mereka untuk memaju dan mengekalkan keamanan Negara ini.
(Siti Aisyah Binti Zulkifli, 2015428874)
1. Melayu sebenarnya adalah bangsa yang hebat cuma kita telah digelapkan tentang kegemilangan dan kehebatan oleh bangsa barat dek kerana tidak menginginkan bangsa Melayu bangun dan terus maju kehadapan.
2. Apabila kita faham tentang tauhid yang sebenar, kita tidak akan takut untuk melakukan sesuatu seperti contoh kita nak berjaya tetapi kita takut bertanya kepada ahli-ahli yang telah berjaya.
3. Bangsa Melayu itu Islam jati dirinya.
(Muhammad NurAizat Bin Jamalludin, 2015663992)
1. Kita telah banyak ditipu, sejarah Melayu telah diseleweng oleh bangsa yang hasad dengan bangsa kita, kita dibesarkan dengan sejarah yang menipu, mendakwa kita adalah bangsa yang lemah, namun hakikat yang sebenar mengejutkan kami.
2. Bangsa Melayu adalah bangsa yang hebat, hakikatnya! apa yang pelik, kenapa sejarah kita diputarbelit? apa yang kita belajar di sekolah bukanlah hakikat sebenar yang berlaku.
3. bacalah sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang,bagaimana Islam datang secara aman di Nusantara. mimpi Merah Silu berjumpa Rasulullah SAW
4. namun, masyarakat kita tidak tahu, lantas mereka tidak mengenali bangsa mereka sendiri, tidak berbangga dengan kepahlawan nenek moyang kita
5. di sebalik melayu itu adalah Islam, kepahlawan melayu asasnya adalah Islam, perdagangan Melayu dahulu adalah Islam..namun kini semuanya telah terhakis. oleh itu, kenalilah bangsa Melayu, maka anda akan berbangga menjadi orang Melayu
Nor Akma binti Saleh 2015408418
1. Kehebatan orang melayu terdahulu banyak digelapkan oleh bangsa barat dan kita disajikan dengan penipuan dalam mempelajari sejarah melayu sendiri
2. kita perlu bersyukur dan berterima kasih kepada pemimpin terdahulu yang membawa islam ke tanah melayu, jiak tidak mungkin islam tidak sampai ke malaysia pada hari ini
3. Sejak dahulu kala lagi bangsa Melayu telah mengamalkan sifat budi pekerti yang sangat halus dan lembut antara raja dan rakyat dan sesama rakyat. Oleh itu, hal ini harus diteruskan demi kesejahteraan semua seperti yang telah dibuktikan dalam sejarah Tamadun Melayu.
4. Islam di tanah melayu datang dari Arab dan bukannya dari india mahupun china
(AMIRUL ASHRAF BIN ISMAIL 2015664086)
Ya Allah, Give Us Eyes That See the Best in People, A Heart That Forgives the Worst, A Mind that Forgets the Bad, and A Soul that Never Loses Faith
Saturday, 21 November 2015
Sunday, 15 November 2015
Refleksi Mingguan (5/11/2015)-Tamadun Islam
1. Kita perlulah menjadi nombor satu dalam bidang masing-masing iaitu dengan cara kita sebagai umat islam perlu belajar bersungguh- sungguh menjadi terbaik antara yang terbaik agar kita rakyat islam dapat bangkit untuk menguasai ekonomi dunia dan kita dapat dijadikan tempat rujukan oleh Negara luar.
2. Kita perlulah memahami bahasa lain agar dapat memudahkan kita berkomunikasi dengan Negara luar serta dapat mengetahui strategi pihak luar.
3. Kita perlulah mempunyai sifat kasih saying kepada Negara kita iaitu dengan cara menghentikan pemerintah yang zalim , oleh itu kite berperanan untuk mengundi pemerintah yang berwibawa dan pemerintah yang mempunyai ilmu agama islam yang kuat agar Negara kita dibawah lindungan Allah.
(Siti Aisyah Binti Zulkifli, 2015428874)
1. Apa yang saya pelajari adalah , sebagai umat Islam, saya perlu berusaha menjangkaui kebolehan diri sendiri demi mencapai kejayaan kerana kebolehan manusia yang dikurniakan Allah sangatlah hebat dan luar biasa.
2. Kita hendaklah fokus kepada pencapaian hidup dalam aspek spiritual dan material dalam proses pembinaan tamadun. Pencapaian spiritual adalah untuk mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat manakala pencapaian materialistik adalah untuk meluaskan lagi dakwah ajaran agama Islam.
3. Perkongsian ilmu adalah sangat penting bagi menjamin penerusan usaha untuk memajukan lagi sesebuah tamadun.
4. Catatan sejarah amat penting bagi mengajar generasi seterusnya tentang kebolehan sebenar umat Islam pada saat kegemilangan tamadun Islam dan memberi pengajaran yang boleh diambil pada waktu kejatuhannya.
(Siti Zatil Nurhidanah Binti Zakaria, 2015428424)
1. Jagalah hubungan dengan Allah SWT. Apabila kita rapat dengan Allah SWT, nescaya hidup kita diberkati, diredhoi dan tenang.
2. Pengabdian diri kepada Allah SWT bukan sahaja pada fizikal atau anggota tetapi pada hati dan itulah yang paling penting. Semua amalan baik bermula dari hati.
3. Yakinlah dan bersangka baiklah kepada Allah SWT dalam semua perkara. In Shaa Allah hidup senang dan tenang
(Muhammad NurAizat Bin Jamalludin, 2015663992)
1. kita kena kaya, kita kena cemerlang dalam bidang kita, contoh farmasi. kita haruslah belajar dan berusaha bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang kepada kemajuan tamadun negara kita dan bangsa kita.
2. antara cara kita bersedekah kepada orang zalim ialah dengan menghentikan kezalimannya. jadi, mengapa kita harus takut jika kita benar mahu Islam tertegak di atas muka bumi.
3. dalam persahabatan kita haruslah mengamalkan sikap bersangka baik, kerana ini boleh mengeratkan ukhwah antara kita dengan sahabat.
Nor Akma binti Saleh 2015408418
1. Kita perlu menguasai segala ilmu yang kita pelajari dan menjadi yang terbaik dalam bidang yang kita ceburi agar kita dapat membantu umat islam dan dijadikan sumber rujukan oleh negara-negara luar
2. sentiasa bersangka baik dengan setiap kejadian buruk yang menimpa kita kerana Allah maha mengetahui dan tahu apa yangterbaik untuk kita
3. Sentiasa berkongsi ilmu dengan orang lain kerana ilmu itu milik Allah dan berkongsi ilmu merupakan sedekah dan saham akhirat untuk kita

Friday, 30 October 2015
Persamaan antara Tamadun Mesir, Indus, Yunani, Hwang Ho dan Mesopotamia
1.Kedudukan geografi setiap tamadun terletak berdekatan dengan sungai.
2.Mempunyai pemimpin tertinggi
1.Kedudukan geografi setiap tamadun terletak berdekatan dengan sungai.
- tamadun Mesir- Sungai Nil
- tamadun Indus-Lembah Indus yang disaliri oleh Sungai Indus
- tamadun Yunani-Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitamya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean
- tamadun Hwang Ho-Hwang Ho atau Sungai Kuning.
- tamadun Mesopotamia-di kawasan lembah antara dua batang sungai (Sg. Tigris & Sg. Euphrates
2.Mempunyai pemimpin tertinggi
- tamadun Mesir- Firaun
- tamadun Indus-Pendeta
- tamadun Yunani-raja/konsul/aristokrat/Dewan Perhimpunan dan Majlis
- tamadun Hwang Ho-raja
- tamadun Mesopotamia-raja
- tamadun Mesir- penenunan dan pembuatan barang tembkar dan juga peralatan,
- tamadun Indus-perdagangan, pertukangan, dan pembuatan
- tamadun Yunani-petani,tentera,pedagang
- tamadun Hwang Ho- dua kumpulan tentera( tentera yang menggunakan kereta kuda, tentera berjalan kaki),Golongan petani,artisan, hamba
- tamadun Mesopotamia-Petani, artisan, pedagang,hamba
- tamadun Mesir- konsep politeisme
- tamadun Indus-Pendeta
- tamadun Yunani-politeisme
- tamadun Hwang Ho-animisme,politeisme
- tamadun Mesopotamia-politeisme
- tamadun Mesir- hieroglif
- tamadun Indus-piktogarf
- tamadun Yunani-phoenicia
- tamadun Hwang Ho-ideogram
- tamadun Mesopotamia-cuneiform
Refleksi Mingguan (22/10/2015)- Tamadun Islam
1. saya dapat mempelajari bahawa pada suatu ketika dahulu iaitu pada zaman tamadun Islam, umat Islam adalah golongan yang hebat dan disegani oleh pihak kafir. Justeru membuktikan keupayaan sebenar umat Islam berbanding pada zaman sekarang.
2. Kecemrelangan sesuatu sistem kerajaan sangat bergantung harap kepada betapa efektif dan amanah seorang pemimpin dalam menjalankan tanggungjawabnya. Pemimpin harus bijak dan mempunyai ilmu agama yang tinggi supaya dapat menyelesaikan masalah negara daripada akar umbi tanpa membebankan rakyat.
3. Selain itu, rakyat harus mempunyai semangat jihad dan patriotisme yang tinggi agar dapat bersama-sama berganding bahu dengan pemimpin untuk memajukan negara dan dakwah agama.
4. Ilmuwan pada zaman dahulu terutamanya ilmuwan Islam sangat mementingkan aplikasi daripada hasil pembelajaran mereka justeru banyak peralatan yang dianggap canggih pada zaman mereka tercipta.
5. Para ilmuwan ini turut mementingkan proses mencatat ilmu yang dipelajari atau baru diterokai agar dapat memanfaatkan generasi lebih muda selepas mereka tiada.
Siti Zatil Nurhidanah Bt Zakaria, 2015428424
1. Saya belajar bahawa kita perlu yakin dan mengamalkan ilmu yang kita dapat untuk membentuk tamadun islam yang hebat.
2. Kita janganlah memasukkan dunia dalam hati kita iaitu dengan memperbanyakkan istighfar dan mengamalkan amalan yang mendekatkan diri kita dengan Allah.
3. Kita perlu ada semangat jihad yang tinggi agar dapat mengerunkan pihak musuh iaitu dengan menyalurkan semangat jihad itu demi agama islam.
4. Kita perlulah mempunyai ilmu tauhid yang kuat supaya dapat menguruskan dunia berlandaskan islam iaitu saya perlu rajinkan diri dalam menghadiri ceramah ilmu agama bagi menguatkan ilmu tauhid kita.
(Siti Aisyah Binti Zulkifli, 2015428874)
1. "Future are been bought by the present time". Jika kita nak berjaya di masa hadapan, kita perlu berani paksa diri, berani buang sifat malas, berani bertanya, berani belajar, berani berkorban masa rehat dan berani membuang ego. Kejayaan ada caranya. Kegagalan ada sebabnya. Ayuh kita bermula !! Tak kisah siapa kita semalam, yang penting siapa kita esok hari sebab esok bermula pada hari ini. Hari ini kita bertindak, esok kita akan tahu apa hasilnya. Langkah seribu bermula dengan langkah pertama. Kita tanam tekad dan nekad sekuat-kuatnya. Fokus matlamat kita walau rintangan menjelma.
2. Cemerlang dalam bidang yang kita ceburi..
(Muhammad NurAizat Bin Jamalludin, 2015663992)
1. dalam usaha kita untuk membentuk tamadun yang hebat, kita harus bermula dengan diri kita dahulu. kita harus berani menegakkan prinsip diri kita, jangan mudah mendengar kritikan orang lain yang boleh menjatuhkan kita, kita lebih mengenali diri kita. jika tidak kuat, mohonlah kekuatan dari Pemiliknya iaitu Allah SWT. Allah tidak menciptakan kita lalu ditinggalkan terkontang -kanting. tidak. Allah mengurniakan kita akal, minda serta panduan yang paling agung untuk kita berpegang dengannya.
2. pelbagai masalah yang menimpa umat Melayu Islam pada hari ini adalah disebabkan tidak ditekankan pegangan tauhid dalam diri. manusia ini memerlukan panduan dalam melalui kehidupan, makajika tidak didasarkan dengan asas tauhid yang mantap, maka kita dengan mudah akan goyah dalam mempertahankan hak dan pegangan kita
3. jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu. semua ini memerlukan tahap kesabaran dan semangat yang tinggi.bermula dengan diri sendiri, kita asah semangat berjihad ini demi bangsa, agama dan negara. InsyaAllah
Nor Akma binti Saleh 2015408418
1. Memiliki pemimpin yang bertanggungjawab dan amanah amat penting dalam pembinaan sesebuah tamadun. Oleh itu, kita haruslah bijak dalam memilih pemimpin yg berupaya untuk membawa kita ke arah kejayaan
2. ilmu tauhid dan semangat jihad yang tinggi amat penting untuk membina satu tamadun yang disegani
3 amalkan segala ilmu yang kita pelajari untuk kebaikan diri,masyarakat dan negara
4. pendakwah dan ilmuan memainkan peranan penting dalam penyebaran islam dan ilmu ke serata dunia
(AMIRUL ASHRAF BIN ISMAIL 2015664086)
Thursday, 22 October 2015
Kisah Haman dalam Al-Quran
Saturday, 17 October 2015
Ayat Al-quran : Hubungan Manusia dengan Alam
هُوَ الَّذى خَلَقَ لَكُم ما فِى
الأَرضِ جَميعًا ثُمَّ استَوىٰ إِلَى السَّماءِ فَسَوّىٰهُنَّ سَبعَ سَمٰوٰتٍ ۚ
وَهُوَ بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ ﴿٢٩﴾
“Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di
bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu
dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan
tiap-tiap sesuatu.(al-baqarah: 29)
وَما أَرسَلنٰكَ إِلّا رَحمَةً
لِلعٰلَمينَ ﴿١٠٧﴾
“Dan tiadalah Kami
mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”(al
anbiyaa’:107)
وَهُوَ الَّذى أَنشَأَ جَنّٰتٍ
مَعروشٰتٍ وَغَيرَ مَعروشٰتٍ وَالنَّخلَ وَالزَّرعَ مُختَلِفًا أُكُلُهُ
وَالزَّيتونَ وَالرُّمّانَ مُتَشٰبِهًا وَغَيرَ مُتَشٰبِهٍ ۚ كُلوا مِن ثَمَرِهِ
إِذا أَثمَرَ وَءاتوا حَقَّهُ يَومَ حَصادِهِ ۖ وَلا تُسرِفوا ۚ إِنَّهُ لا يُحِبُّ
المُسرِفينَ ﴿١٤١﴾
“Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun
yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma)
dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton
dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan
(rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya
(zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada
apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang-orang yang melampau.(al-an’am: 141)

وَفِى الأَرضِ قِطَعٌ مُتَجٰوِرٰتٌ
وَجَنّٰتٌ مِن أَعنٰبٍ وَزَرعٌ وَنَخيلٌ صِنوانٌ وَغَيرُ صِنوانٍ يُسقىٰ بِماءٍ
وٰحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعضَها عَلىٰ بَعضٍ فِى الأُكُلِ ۚ إِنَّ فى ذٰلِكَ لَءايٰتٍ
لِقَومٍ يَعقِلونَ ﴿٤﴾
“Dan di bumi ada
beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan
padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar
(kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang
sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada
bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta
memahaminya.(ar-ra’ad :4)
أَلَم تَرَوا أَنَّ اللَّهَ
سَخَّرَ لَكُم ما فِى السَّمٰوٰتِ وَما فِى الأَرضِ وَأَسبَغَ عَلَيكُم نِعَمَهُ
ظٰهِرَةً وَباطِنَةً ۗ وَمِنَ النّاسِ مَن يُجٰدِلُ فِى اللَّهِ بِغَيرِ عِلمٍ
وَلا هُدًى وَلا كِتٰبٍ مُنيرٍ ﴿٢٠﴾
“Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah menundukkan
apa yang ada dibumi untuk (kepentingan) mu dan menyempurnakan nikmatNya untukmu
zahir dan batin. Tetapi dalam pada itu, ada di antara manusia yang membantah
tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu atau petunjuk dan tanpa kitab yang memberi
penerangan.(luqman: 20)
وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا
بَاطِلًا ۚ ذَٰلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ
النَّارِ﴿٢٧﴾
“Dan Kami tidak
menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah. Yang
demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang
kafir itu karena mereka akan masuk neraka.(shad: 27)”
وَإِنْ نَشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا
هُمْ يُنْقَذُونَ﴿٤٣﴾
“Dan Kami ciptakan untuk mereka (apa) yang
mereka kendarai seperti bahtera itu.(ya’sin:43)”
وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا
بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَ﴿٣٨﴾
“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi
dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main.(ad-dukhan: 38)”
وَالْأَنْعَامَ خَلَقَهَا ۗ لَكُمْ فِيهَا دِفْءٌ
وَمَنَافِعُ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ﴿٥﴾
“Dan Dia telah menciptakan
binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan
berbagai-bagai manfaat, dan sebahagiannya kamu makan.(an-nahl: 5).”
وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِمّا
خَلَقَ ظِلٰلًا وَجَعَلَ لَكُم مِنَ الجِبالِ أَكنٰنًا وَجَعَلَ لَكُم سَرٰبيلَ
تَقيكُمُ الحَرَّ وَسَرٰبيلَ تَقيكُم بَأسَكُم ۚ كَذٰلِكَ يُتِمُّ نِعمَتَهُ
عَلَيكُم لَعَلَّكُم تُسلِمونَ ﴿٨١﴾
“Dan Allah
menjadikan bagimu tempat bernaung dari apa yang telah Dia ciptakan, dan Dia
jadikan bagimu tempat-tempat tinggal di gunung-gunung, dan Dia jadikan bagimu
pakaian yang memeliharamu dari panas dan pakaian (baju besi) yang memelihara
kamu dalam peperangan. Demikianlah Allah menyempurnakan nikmat-Nya atasmu agar
kamu berserah diri (kepada-Nya).(an-nahl: 81)”
Thursday, 15 October 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)