Ya Allah, Give Us Eyes That See the Best in People, A Heart That Forgives the Worst, A Mind that Forgets the Bad, and A Soul that Never Loses Faith
Friday, 30 October 2015
Refleksi Mingguan (22/10/2015)- Tamadun Islam
1. saya dapat mempelajari bahawa pada suatu ketika dahulu iaitu pada zaman tamadun Islam, umat Islam adalah golongan yang hebat dan disegani oleh pihak kafir. Justeru membuktikan keupayaan sebenar umat Islam berbanding pada zaman sekarang.
2. Kecemrelangan sesuatu sistem kerajaan sangat bergantung harap kepada betapa efektif dan amanah seorang pemimpin dalam menjalankan tanggungjawabnya. Pemimpin harus bijak dan mempunyai ilmu agama yang tinggi supaya dapat menyelesaikan masalah negara daripada akar umbi tanpa membebankan rakyat.
3. Selain itu, rakyat harus mempunyai semangat jihad dan patriotisme yang tinggi agar dapat bersama-sama berganding bahu dengan pemimpin untuk memajukan negara dan dakwah agama.
4. Ilmuwan pada zaman dahulu terutamanya ilmuwan Islam sangat mementingkan aplikasi daripada hasil pembelajaran mereka justeru banyak peralatan yang dianggap canggih pada zaman mereka tercipta.
5. Para ilmuwan ini turut mementingkan proses mencatat ilmu yang dipelajari atau baru diterokai agar dapat memanfaatkan generasi lebih muda selepas mereka tiada.
Siti Zatil Nurhidanah Bt Zakaria, 2015428424
1. Saya belajar bahawa kita perlu yakin dan mengamalkan ilmu yang kita dapat untuk membentuk tamadun islam yang hebat.
2. Kita janganlah memasukkan dunia dalam hati kita iaitu dengan memperbanyakkan istighfar dan mengamalkan amalan yang mendekatkan diri kita dengan Allah.
3. Kita perlu ada semangat jihad yang tinggi agar dapat mengerunkan pihak musuh iaitu dengan menyalurkan semangat jihad itu demi agama islam.
4. Kita perlulah mempunyai ilmu tauhid yang kuat supaya dapat menguruskan dunia berlandaskan islam iaitu saya perlu rajinkan diri dalam menghadiri ceramah ilmu agama bagi menguatkan ilmu tauhid kita.
(Siti Aisyah Binti Zulkifli, 2015428874)
1. "Future are been bought by the present time". Jika kita nak berjaya di masa hadapan, kita perlu berani paksa diri, berani buang sifat malas, berani bertanya, berani belajar, berani berkorban masa rehat dan berani membuang ego. Kejayaan ada caranya. Kegagalan ada sebabnya. Ayuh kita bermula !! Tak kisah siapa kita semalam, yang penting siapa kita esok hari sebab esok bermula pada hari ini. Hari ini kita bertindak, esok kita akan tahu apa hasilnya. Langkah seribu bermula dengan langkah pertama. Kita tanam tekad dan nekad sekuat-kuatnya. Fokus matlamat kita walau rintangan menjelma.
2. Cemerlang dalam bidang yang kita ceburi..
(Muhammad NurAizat Bin Jamalludin, 2015663992)
1. dalam usaha kita untuk membentuk tamadun yang hebat, kita harus bermula dengan diri kita dahulu. kita harus berani menegakkan prinsip diri kita, jangan mudah mendengar kritikan orang lain yang boleh menjatuhkan kita, kita lebih mengenali diri kita. jika tidak kuat, mohonlah kekuatan dari Pemiliknya iaitu Allah SWT. Allah tidak menciptakan kita lalu ditinggalkan terkontang -kanting. tidak. Allah mengurniakan kita akal, minda serta panduan yang paling agung untuk kita berpegang dengannya.
2. pelbagai masalah yang menimpa umat Melayu Islam pada hari ini adalah disebabkan tidak ditekankan pegangan tauhid dalam diri. manusia ini memerlukan panduan dalam melalui kehidupan, makajika tidak didasarkan dengan asas tauhid yang mantap, maka kita dengan mudah akan goyah dalam mempertahankan hak dan pegangan kita
3. jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu. semua ini memerlukan tahap kesabaran dan semangat yang tinggi.bermula dengan diri sendiri, kita asah semangat berjihad ini demi bangsa, agama dan negara. InsyaAllah
Nor Akma binti Saleh 2015408418
1. Memiliki pemimpin yang bertanggungjawab dan amanah amat penting dalam pembinaan sesebuah tamadun. Oleh itu, kita haruslah bijak dalam memilih pemimpin yg berupaya untuk membawa kita ke arah kejayaan
2. ilmu tauhid dan semangat jihad yang tinggi amat penting untuk membina satu tamadun yang disegani
3 amalkan segala ilmu yang kita pelajari untuk kebaikan diri,masyarakat dan negara
4. pendakwah dan ilmuan memainkan peranan penting dalam penyebaran islam dan ilmu ke serata dunia
(AMIRUL ASHRAF BIN ISMAIL 2015664086)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment