Thursday, 15 October 2015

Refleksi Mingguan (15/10/2015)

Apa yang saya belajar hari ini:

1- Tamadun merupakan satu bentuk kehalusan budi pekerti dan akhlak yang terpuji seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

2. Pada hari ini, saya mengetahui sifat kehalusan yang terdapat pada diri Rasulullah SAW telah mencerminkan ciri ketamadunan yang cemerlang pada agama Islam itu sendiri.

3. Konsep tamadun Islam itu tidak tertakluk kepada budaya Arab sahaja, jadi kita tidak seharusnya memandang budaya lain adalah bertentangan dengan Islam. Masyarakat lain mungkin tidak memakai serban dan berjubah hitam sepanjang masa seperti orang Arab, tetapi mereka masih menutup aurat dengan pakaian mereka sendiri.

4. Untuk membina tamadun Islam, asasnya adalah ilmu, akidah, syariat dan akhlak. Jadi, saya perlulah membaiki dan memperhalusi pegangan akidah tauhid saya dengan sentiasa mencari ilmu tauhid yang betul dan beramal dengan ilmu tersebut agar saya dapat menaikkan agama Islam ke satu tahap kemajuan dalam aspek pemikiran, ekonomi serta pentadbiran. InsyaAllah.

Nor Akma binti Saleh 2015408418


 1. Terbukti Islam adalah agama yang universal kerana tamadun Islam yang terbina masih memuatkan kemajuan umat manusia di dunia dan kebudayaan kaum masing-masing yang unik dipertahankan dengan berpaksikan ajaran agama Islam yang luhur.
2. Tamadun Islam sangat menitikberatkan penuntutan ilmu dalam proses pembinaan tamadun agar umat Islam tidak tersisih dari kemajuan dunia yang mana dapat membantu meluaskan lagi dakwah agama Islam itu sendiri.
3. Ilmu tauhid adalah akar kepada akidah. Akar disini bermaksud sesuatu yang tak dapat dilihat. Justeru, jika akidah kita tidak kukuh, harus diperbaiki daripada akar umbi iaitu ilmu tauhid.
4. Perbezaan tamadun Islam dengan tamadun lain adalah dari segi penekanan ilmu agama. Ilmu agama diberi keutamaan sebelum ilmu keduniaan. Hal ini justeru memajukan lagi aspek kerohanian umat Islam.
5. Manusia sangat bergantung harap kepada alam. Oleh itu, aktiviti 'recycle and reuse' harus diamalkan oleh semua pihak demi kesejahteraan alam kita bersama. Hal ini sangat bersesuaian dengan ajaran agama Islam yang menyuruh manusia bukan setakat umat Islam sahaja untuk menghargai alam.
 Siti Zatil Nurhidanah binti Zakaria, 2015428424

1. Kita perlu mengejar kehalusan tatasusila dengan cara mengingati kesusahan hidup Rasulullah yang dapat memberi pengajaran kepada kita bahawa sesusah mana hidup Rasulullah, beliau tetap mengabdikan diri kepada Allah . Oleh itu, kita perlu sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah beri kepada kita.
2. Asas tamadun ada 4 iaitu, ilmu, akidah, syariah dan akhlak. Ilmu iaitu ilmu tauhid mewakili kesemua asas yang lain. Ini menunjukkan bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan kita. Justeru itu, kita perlu mencari ilmu yang baik bagi membentuk akidah, syariah dan akhlak yang baik dalam diri kita.
3. Kita perlu sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah iaitu dengan bersangka baik terhadap Allah. Oleh itu, setiap ujian serta nikmat yang Allah telah berikan perlu kita bersangka baik terhadapNya.
(Siti Aisyah Binti Zulkifli, 2015428874)

1. Tamadun Islam bukannya Tamadun Arab.
2.  Kita perlulah mengenali Allah SWT dengan mengetahui sifat-sifatNya, perbuatanNya dan zatNya. Awwaluddin Makrifatullah. Awal beragama (Islam) itu adalah mengenali Allah.
3. Kita perlu menjaga hubungan baik dengan Allah SWT. Kita mengabdikan diri kepadaNya, yakin dan bersangka baik kepada Nya.

Muhammad NurAizat Bin Jamalludin (2015663992)


Apa yang saya belajar hari ini:
1. Setiap ilmu itu milik Allah. Jadi janganlah kita memandang rendah pada mana-mana ilmu kerana ia ibarat kita memandang rendah pada pemilik ilmu iaitu Allah SWT.
2 Tamadun Islam bukanlah Tamadun Arab. Jadi janganlah kita menyangka bahawa pakaian tamadun islam itu adalah jubah serta serban dan pakai lain bercanggah dengan islam. Islam mengamalkan keterbukaan dalam beribadah khususnya dalam hal menutup aurat asalkan pakaian itu melepasi syarat-syarat menutup aurat.
3. Alam memberi banyak manfaat kepada manusia dan manusia amat bergantung pada alam untuk hidup. Oleh itu, janganlah kita mencemari alam ciptaan Allah ini  dengan perkara yang tidak sepatutnya semata-mata untuk kebaikan diri kita sendiri. Amalkanlah amalan 'reuse' dan  ' recycle' agar kita dapat memanfaatkan alam kita dengan sebaik mungkin.
4. Kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah SWT dan juga hubungan sesama manusia.

Amirul Ashraf Bin Ismail (2015664086)

No comments:

Post a Comment