1. Setiap Pentadbiran memerlukan seorang ketua bagi membentuk sebuah tamadun.
2. Agama memainkan peranan penting dalam sesebuah tamadun.
3. Terdapat banyak ciptaan teknologi bagi mewujudkan sebuah tamadun yang maju.
4. Undang-undang dalam sesebuah tamadun amat penting bagi menyusun atur masyarakat.
5. Sumber Alam amat rapat dengan manusia kerana manusia banyak bergantung kepada sumber alam yang sudah semestinya banyak membantu manusia dalam ekonomi sesebuah tamadun.
(Siti Aisyah Binti Zulkifli, 2015428874)
1. Sesebuah organisasi yang cemerlang memerlukan seorang ketua yang cekap dalam mentadbir pihak yang berada di bawahnya.
2.Berbeza dengan zaman sekarang, ketua atau pemerintah zaman dahulu banyak dipengaruhi oleh ajaran agama dalam urusan pentadbiran mereka, Oleh itu, rakyat sangat setia kepada pemerintah tanpa sebarang bantahan secara agresif terhadap corak pemerintahan yang dijalankan.
3. Tamadun mula terbina apabila manusia mula sedar akan pentingnya untuk bergantung kepada alam bagi penerusan kehidupan mereka. Justeru, muncul corak petempatan kekal di kawasan yang berdekatan dengan sumber air dan makanan.
4. Salah satu ciri tamadun yang lain adalah apabila wujud sistem perundangan yang mengikat rakyat kepada negara yang lebih sistematik dan makmur.
5. Sistem pendokumentasian turut wujud sejak proses pembinaan tamdun awal bagi memberi panduan kepada pembinaan tamadun seterusnya.
(Siti Zatil Nurhidanah Binti Zakaria, 2015428424)
Apa yang saya belajar hari ini:
1. Setiap tamadun mesti mempunyai seorang pemerintah, serta mempunyai sistem hierarki yang menunjukkan di bawah pemerintah tertinggi mesti terdapat golongan bangsawan atau pendeta.
Ini menunjukkan bahawa setiap tamadun mesti mempunyai pertalian dengan konsep ketuhanan.
2. Oleh itu, ia membawa kita kepada konsep kebergantungan manusia kepada Tuhan, tidak kiralah kepercayaan mereka itu betul ataupun tidak. Pada setiap tamadun, pasti manusia terikat dengan konsep keTuhanan ini. Hal ini merujuk kembali kepada perjanjian asali manusia di alam roh yang membuktikan bahawa sifat manusia ini perlu bergantung kepada satu kuasa dan keajaiban yang mutlak.
Nor Akma binti Saleh 2015408418
1. Adanya pemimpin kerana rakyat, tanpa rakyat siapalah pemimpin.
2. Dalam mengejar arus perubahan zaman kini, kita dapat lihat teknologi sekarang seperti Smartphone, Android, Hybrid car dan aplikasi-aplikasi yang moden seperti Whatsapp, Wechat, Facebook, Instagram dan berbagai lagi teknologi yang kita sudah tercapai, kemajuan kita perlulah selari dengan kehendak agama. Jangan tinggalkan agama kerana dunia atau kemajuan yang kita capai atau yang kita hendak capai. Orang yang bijaksana adalah orang yang memandang jauh ke hadapan iaitu orang yang memandang kehidupan yang senang melangkaui dunia ini (akhirat).
Muhammad NurAizat Bin Jamalludin (2015663992)
Apa yang saya belajar hari ini:
1. Sesebuah organisasi atau tamadun memerlukan seorang pemimpin atau pemerintah untuk mengetuai organisasi tersebut. Kejayaan sesebuah organisasi atau tamadun terletak pada bahu seorang pemimpin. Oleh itu kita hendaklah bijak dalam memilih seseorang pemimpin yang boleh menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah dan jujur serta berkemampuan untuk membawa sesuatu organisasi itu ke arah kejayaan atau kegemilangan.
2. Pemerintahan pada zaman atau tamadun dahulu banyak menekankan konsep keagaman dalam pemerintahan mereka dan orang beragama dipandang tinggi dalam lapisan sosial mereka. Kesimpulannya, kita dapat lihat bagaimana pentingnya nilai keagamaan dalam membina sesebuah tamadun khususnya dalam pembinaan akhlak pemimpin, rakyat dan masyarakat sekeliling.
3. Pada zaman globalisasi ini, di mana teknologi kian berkembang banyak pihak mencipta pelbagai aplikasi-aplikasi untuk melekakan dan menyesatkan umat islam khususnya melalui media sosial. Oleh itu, kita sebagai umat islam harus bijak dalam menggunakan segala teknologi sedia ada dengan sebaik mungkin untuk menyebarkan agama islam dan menggunakannya untuk kebaikan. Bukan digunakan untuk menyebarkan fitnah dan bukan juga untuk menyesatkan orang lain.
Amirul Ashraf Bin Ismail (2015664086)
good job..i give 5 stars..hihi
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete