Tuesday, 13 October 2015

Refleksi Mingguan (24/9/2015)

1. Diri kita serta semua berasal daripada roh yang baik.
2. Kita perlu percaya dan yakin bahawa ALLAH sentiasa untuk hamba-hambaNya.
3. Kita perlu membetulkan tanggapan kita terhadap orang lain.
4. Setiap yang kita lakukan perlulah bertujuan berpada ALLAH.
5. Apa yang kita lakukan di dunia , semua akan dihitung di akhirat kelak.

(Siti Aisyah Binti Zulkifli, 2015428874)

1. Tujuan kita beribadah kepada Allah untuk mengabdikan diri kepadaNya.
2. Ukhwah antara manusia bermula sejak berada di alam roh lagi. Justeru, manusia harus saling menjaga dan jangan saling menyakiti.
3. Manusia semua berasal daripada roh yang bersifat taat dan suci. Oleh itu, manusia yang jahat masih berpeluang untuk kembali menjadi baik dan taat kepada suruhan Allah.
4. Sifat yang akan menjatuhkan manusia adalah sifat merasakan diri mulia. Oleh itu, kita janganlah meninggikan diri di hadapan orang lain mahupun di hadapan orang yang banyak berbuat dosa.
5. Manusia dianggap begitu istimewa di mata Allah.

(Siti Zatil Nurhidanah Binti Zakaria , 2015428424)

Apa yang saya belajar hari ini:

1. Saya telah didedahkan dengan perjanjian asali antara manusia dengan Allah SWT sejak di alam roh. Melalui pendedahan ini, saya telah menyedari bahwa sebenarnya kita semua adalah milik mutlak Allah SWT, tujuan kita dihidupkan adalah untuk Allah, dimatikan kita juga oleh Allah. Jadi kita tidak seharusnya berasa bongkak dan takbur untuk tidak melaksanakan amar makruf nahi mungkar dalam kehidupan seharian.

2. Konsep Tauhid kepada Allah ialah dengan mengEsakan Allah pada zat, sifat dan af'alNya serta sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Kita mestilah yakin dengan apa yang Allah tetapkan kepada kita kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

3. Saya juga menyedari bahawa selama ini kita telah menzalimi diri kita sendiri dengan menghina orang lain melalui cara pandang negatif kita terhadap mereka, merasakan diri lebih mulia. Kita selalu bersangka buruk terhadap orang lain, walhal kita tidak mengetahui punca dan sebab mengapa mereka berbuat sesuatu yang buruk itu. Sebaliknya, kita haruslah mendekati mereka dan menasihati, bukan memulaukan mereka yang terpesong, malah ada yang lebih baik peribadinya berbanding kita. Wallahua'lam.

Nor Akma binti Saleh 2015408418

Apa yang saya belajar hari ini:

1. Pelajaran hari telah membuka minda saya bahawa selama ini banyak yang kita sedar mahupun tidak sedar bahawanya kita ini kurang ilmu agama. Asal usul kita ? Perjanjian kita kepada Allah SWT ? Tugas kita di muka bumi ini ? Kenapa kita dilahirkan ke dunia ini ?. Saya belajar untuk belajar.
2.Saya belajar mengetahui siapa diri saya secara hakikatnya di dunia yang fana ini.

Muhammad NurAizat Bin Jamalludin (2015663992)


Apa yang saya belajar hari ini:

1. Asal kita daripada roh yang baik dan ukhwah antara kita juga sudah bermula dari alam roh lagi. Justeru kita hendaklah menjaga kesuciaan roh kita dengan sentiasa mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Kita juga hendaklah sentiasa menjaga hubungan antara sesama manusia untuk mengekalkan ukhwah yang suadah terjalin dari alam roh lagi.
2. Di alam roh, kita sebenarnya sudah membuat perjanjian dengan Allah secara sedar dan sukarela. Dengan pendedahan ini, saya menyedari bahawa kita sebagai manusia adalah hak milik mutlak Allah SWT dan Allah berkuasa di atas setiap makhlukNya.
3. Konsep Tauhid kepada Allah ialah dengan mengEsakan Allah pada zat, sifat dan af'alNya serta sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Kita hendaklah sentiasa berpegang teguh pada konsep Tauhid yang sebenarnya dan yakin apa yang Allah telah tetapkan untuk kita sesungguhnya Allah lebih mengatahui apa yang terbaik untuk makhluknya.

Amirul Ashraf Bin Ismail (2015664086)

No comments:

Post a Comment