Sunday, 20 December 2015

KERJA LAPANGAN BERASASKAN TAMDUN INDIA: BUDAYA DAHULU VS BUDAYA SEKARANG












Ribuan terima kasih kepada saudara Gausi yang sudi berkongsi maklumat tentang budaya masyarakat India.

Refleksi Mingguan (5/12/2015) - Ihya Qurani

1. Saya dapat pelajari bahawa segala amalan yang tidak berhubungan dengan Rasulullah, cahaya itu kita tidak akan dapat. Oleh itu kita perlulah membaca terjemahan Al-quran serta memahami dan mengamalkan untuk mendapatkan cahaya nur dalam hati kita.
2. Saya juga pelajari bahawa Al-quran sebagai penyembuh iaitu melalui fizikal - mengkaji huruf dalam Al-quran, melalui mental, melalui keyakinan dan rohani.
3. Kita juga perlulah bersebati dengan panggilan nabi iaitu dengan bermuhasabah dan perbanyakkan berselawat.
4. Saya juga belajar bahawa cara sebenar untuk tadabbur adalah dengan memahami maksud terjemahan ayat Al-quran itu, dan meminta ulama untuk tadabbur ayat.

(Siti Aisyah Binti Zulkifli, 2015428874)

1.  Tiga aspek yang saya belajar ketika menghadirkan diri ke seminar ini adalah Feqah, Tauhid dan Tasawuf. Dalam Feqah, kita perlu berbuat baik. Dalam Tauhid, kita perlu bersangka baik kepada Allah SWT. Dalam Tasawuf, kita jangan fikir yang kita ini baik.
2. Saya juga belajar mengenai prinsip TACK iaitu Taat, Adab, Cinta dan Khidmat.

(Muhammad NurAizat Bin Jamalludin, 2015663992)

1. Saya mempelajari bahawa jika hati kita berhubung dengan Rasulullah S.A.W, hati kita akan mendapat nur.
2. Kita hendaklah bukan setakat mengkaji Quran dan Hadis, tapi perlu mengkaji ilmu fardu ain berasaskan Quran dan Hadis.
3.Mengecapi nur amatlah rapat dengan zikir.

(Siti Zatil Nurhidanah bt Zakaria, 2015428424)

1. untuk mempelajari ilmu fardhu ain, kita seharusnya mengkaji ilmu fardhu ain daripada guru yang memahami ilmu fardhu ain, harus bersambung sanad nur itu.
2. pengajian sifat 20 harus dikembalikan- saya tidak pasti jika sebelum ini pengajian sifat 20 ada dalam sukatan pelajaran sekolah, tetapi jika ia pernah ada, ia perlu kembali diterapkan kerana ia merupakan asas pembinaan akidah dalam membentuk umat Islam.
3. kita haruslah sentiasa bersangka baik terhadap Allah swt dengan tidak membagaimanakan Allah dengan kebagaimanaan makhluk, dan apabila kita melihat suatu kebaikan yang ada pada makhluk, kita haruslah melihat bahawa makhluk itu di bawah pentadbiran Allah swt.

Nor Akma binti Saleh 2015408418

1) KIta seharusnya menghormati  pantang larang orang tua kita terhulu kerana ilmu mereka dapat juga datang dari orang-orang berilmu pada zaman dahulu.
2) Al- Quran mampu menyembuhkan penyakit Rohani dan penyakit fizikal jika kita mengamalkannya dengan cara yang betul dan memahami isi kandungannya
3) Kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah dalam setiap kesusahan dan dugaan yang kita alami selama ini kerena Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk makhluknya
Amirul Ashraf Bin Ismail 2015664086

Refleksi Mingguan (3/12/2015) - Tamadun India

1. Kita dapat pelajari bahawa antara factor yang menyumbang kepada penyebaran islam di india ialah melalui penaklukan dan perkahwinan.
2. Saya dapat pelajari bahawa masyarakat india mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap agama mereka.
3. Masyarakat india terkenal dengan seni bina. Salah satu seni bina yang terkenal dalam tamadun India ialah Taj Mahal. Reka bentuk Taj Mahal dibina dengan menggabungkan unsur-unsur seni bina dari Parsi, Turki dan Arab yang mana merupakan Tamadun Islam. Hal ini menunjukkan islam sebenarnya kuat di Negara India.

(Siti Aisyah Binti Zulkifli, 2015428874)

1. Masyarakat India amat menitikberatkan soal rohani. Golongan atasan juga merupakan ahli-ahli agamawan.
2. Negara India sangat terkenal dengan seni binanya yang tersendiri dan unik seperti seni bina Taj Mahal.

(Muhammad NurAizat Bin Jamalludin, 2015663992)

1. Pembentukan tamadun India berasaskan ajaran agama yang kukuh dalam diri samada rakyat mahupun pemimpin yang mana menguatkan lagi proses pembentukan tamadun ini.
2. Amat penting bagi seorang pemerintah memerintah dengan adil bagi menjamin kestabilan negara seperti pemimpin semasa kgemilangan tamadun India yang memerintah berpandukan kitab agama yang mementingkan keadilan.
3. Struktur seni bina yang unik mampu menunjukkan kemegahan sesebuah tamadun menyebabkan ia sukar untuk digoyahkan akibat sanjungan oleh rakyatnya sendiri.

(Siti Zatil Nurhidanah bt Zakaria, 2015428424)

1. tamadun India amat berkait rapat dengan ajaran agama yang mendalam serta kepercayaan yang menjadi asas pembinaan tamadun itu sendiri. maka dapat dilihat di sini bahawa jika sesebuah agama itu diamalkan dengan betul, ia dapat membawa kepada kejayaan sesuatu bangsa kerana hakikat bahawa agama itu sentiasa menyeru ke arah kebaikan.
2.kedatangan Islam ke India membawa banyak unsur-unsur Islam yang diterjemahkan melalui seni bina, seni lukis dan sebagainya yang menggantikan bentuk-bentuk kesenian yang terdahulu. Hal ini menunjukkan pertembungan dua budaya berbeza yang dapat berpadu menjadi satu dibawah nama agama.

Nor Akma binti Saleh 2015408418

1) Tamadun India amat mementingkan agama dalam membentuk rakyat dan memjadi asas kepada pembentukan tamadun India itu sendiri.
2) Orang-orang agama memainkan peranan penting dalam melahirkan rakyat yang beragama dan patuh pada arahan untuk menjamin kesejahteraan tamadun.
3) Seni bina tamadun india menunjukkan kemegahan tamadun itu sendiri contohnya seni bina Taj Mahal
Amirul Ashraf Bin Ismail 2015664086

Refleksi Mingguan (26/11/2015) - Tamadun China

1. Saya dapat pelajari bahawa kedatangan islam ke china memainkan peranan penting dalam membentuk peradaban yang unggul dan lebih tersusun di China.
2. Saya juga dapat pelajari bahawa masyarakat cina sangat mementingkan hubungan dalam keluarga menurut hierarki sosial cina.
3. Terdapat ramai juga ilmuan islam yang dibawa masuk untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek ahli sains dan matematik di Negara cina. Ini menunjukkan terdapat banyak juga sumbangan ilmuan islam di kawasan cina.
4. Pendidikan China amat mementingkan kebijaksanaan dan pembentukan akhlak. Oleh itu , kita sebagai pelajar perlu mengikuti contoh yang baik dari tamadun cina juga yang mementingkan akhlak dan kebijaksanaan.

(Siti Aisyah Binti Zulkifli, 2015428874)

1. Saya melihat masyarakat di negara China bukanlah masyarakat yang mudah berputus asa kerana kita dapat lihat sendiri dalam tamadun China, apabila sesuatu dinasti itu jatuh, bangkit pula dinasti lain menggantikan dinasti yang jatuh. mereka terus bangkit dan bangkit sehingga kini. Negara China merupakan ekonomi terbesar di dunia.
2. Negara China amat mementingkan pendidikan kerana mereka percaya bahawa hanya dengan pendidikan sahaja dapat merubah kehidupan sesorang.

(Muhammad NurAizat Bin Jamalludin. 2015663992)

1. Masyarakat semasa Tamadun China amat mementingkan ikatan kekeluargaan dan cara-cara untuk mengekalkannya, justeru membina situasi yang sangat harmonis yang memacu kepada pembinaan sebuah tamadun.
2. Masyarakat semasa Tamadun China juga amat gigih berusaha mencipta barang demi kemajuan hidup mereka.
3. Terdapat beberapa para pemimpin tamadun China yang gilakan kuasa akibat terlalu leka dengan kesenangan hidup dan tamak untuk mendapatkan lebih kemewahan yang mana akhirnya menyeksa rakyat dan membawa kepada penjajahan pihak Barat.
4. Rakyat juga jelas berani melawan pemerintah yang kejam kerana sudah tidak sanggup ditindas yang akhirnya membawa kepada peperangan justeru mencacatkan kegemilangan Tamadun China yang sudah terbina.

(Siti Zatil Nurhidanah bt Zakaria, 2015428424)

1. Dalam ajaran tamadun China, manusia dikatakan dilahirkan dengan sifat-sifat yang baik. Hal ini tidak jauh beza dengan orang Islam yang dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. maka dapat dirumuskan bahawa hakikat kejadian manusia adalah sama, yang membezakan hanyalah keimanan pada Allah swt.
2. orang cina juga percaya bahawa apabila berlaku kematian, kehidupan dunia telah berakhir dan bermulalah kehidupan di dunia bawah. maka pelbagai persiapan material disediakan oleh ahli keluarga agar si mati tidak menderita di dunia bawah. perkara ini menunjukkan bahawa mereka juga percaya pada kehidupan selepas mati, cuma yang membezakannya adalah persiapan untuk menuju alam seterusnya.

Nor Akma binti Saleh 2015408418

1) Tamadun china banyak memberi sumbangan kepeda tamadun sekarang terutamanya dalam bidang teknologi. Kita sepatutnya penciptaan teknologi tamadun china ini dalam usaha kita untuk membina teknologi untuk tamadun kita.
2) tamadun china juga mementingkan orang agamawan dalam usaha membina tamadun mereka.
3) tamadun china juga amat mementingkan pendidikan untuk melahirkan sebuah tamadun yang berilmu dan berjaya

Amirul Ashraf Bin Ismail 2015664086

Thursday, 10 December 2015

Video : Student life vs Student get a life



Nilai yang terdapat dalam video pendek ini adalah:

1. Nilai ketuhanan - hal ini dapat dilihat perbezaan suasana ketika Aisyah pulang dr latihan kawad dan suasana aizat pulang dr latihan kawad. Aisyah penat berlatih tp dia di ajak oleh rakan sebiliknya untuk bersabar dan percaya dengan apa yang Allah tentukan untuk dia.

2. Nilai kasih sayang - nilai ini dapat ditunjukkan oleh rakan sebilik Aisyah yang banyak memberikan kata-kata semangat buat aisyah, menunjukkan nilai kasih sayang antara sahabat.

3. Nilai menghargai - komander memberikan penghargaan buat mereka yang penat lelah dalam menjalani latihan kawad dengan mengadakan sedikit jamuan buat mereka.

4. Nilai kejayaan - walaupun pertandingan kawad dibatalkan, tetapi akibat hasil mereka berlatih setiap hari, akhirnya mereka Berjaya dalam menjalani ujian kawad malah meningkatkn ilmu kawad mereka.

Kajian tentang Negara-Negara Islam yang Kaya dan Miskin

5 Negara Islam Kaya Dan 5 negara islam Miskin

Tamadun India

Presentation Tamadun India

Sunday, 22 November 2015

Nilai Melayu Sekarang versus Nilai Melayu Sebenar-19/11/2015

Saya telah menonton drama Tuan Anas Mikael episode 1 , justeru beberapa nilai Melayu telah dapat saya kaji. Antaranya:
1. Nilai menghormati ibu bapa. Sememangnya nilai ini masih diamalkan dalam kalangan  masyarakat Melayu kita masa kini. Hal ini amat membanggakan saya walaupun ia telah diamalkan sejak dahulu kala lagi dan masih tidak dilupakan oleh sesetengah pihak.
2.Pada zaman dahulu, kaum wanita Melayu sangat terkenal dengan pemakaian baju kurung . Namun, hal ini sudah jarang dilihat terutama di Malaysia kerana adanya fenomena perubahan cara berfesyen dalam kalangan wanita Melayu yang makin menjolok mata. Pemakaian baju kurung hanyalah dapat dilihat di majlis-majlis rasmi sahaja.
3. Seterusnya adalah nilai lemah lembut wanita Melayu yang telah digambarkan dalam sejarah Melayu dahulu kala makin sukar dilihat pada hari ini . Daripada segi percakapan yang kasar dan pergerakan tubuh badan yang tidak menggambarkan kelembutan jelas membuktikan hal ini.

(Siti Zatil Nurhidanah Binti Zakaria, 2015428424)

tugasanpada kali ini adalah menonton drama! Yeay! Ustazah memberi tugasan kepada kami untuk menonton drama Melayu, kaji serta selidik nilai-nilai yang terdapat pada masyarakat Melayu hari ini dan seterusnya bandingkan dengan masyarat Melayu dahulu kala.

Jadi, berdasarkan drama Melayu yang saya tonton, saya dapat rumuskan bahawa nilai-nilai yang selama ini membentuk jati diri masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini semakin pudar. Antaranya termasuklah:

1. Nilai menghormati dan mentaati suami.
Jika kita lihat masyarakat wanita Melayu zaman dahulu, mereka sangat menitikberatkan soal menjaga kebajikan suami, menjaga cara percakapan mereka agar tidak mengguris hati suami, melaksanakan tanggungjawab menguruskan makan pakai suami dan sebagainya.

Namun, apa yang dapat saya lihat melalui drama tersebut, nilai tersebut sudah tidak wujud dalam hubungan suami isteri tersebut terutamanya dalam pasangan muda. Si isteri langsung tidak menunjukkan sikap menghormati suaminya dengan menggunakan panggilan bahasa yang agak kurang sesuai.

 Isteri-isteri pada hari ini mempunyai kurang kesedaran bahawa suami merupakan individu yang wajib mereka taati dan hormati selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran agama.
Hal ini mungkin disebabkan oleh tiada penekanan agama dalam diri masing-masing, serta hakikat wanita hari ini yang lebih bekerjaya serta lebih bergaji besar berbanding suami. Lantas, mereka dengan mudahnya menganggap bahawa mereka harus lebih dihormati oleh si suami, tanpa perlu mereka menghormati suami mereka,

2. Hilang malu dalam masyarakat Melayu
Umum mengetahui bahawa masyarakat Melayu terkenal dengan sifat lemah-lembut, menjaga adab serta batas dalam pergaulan seharian. Namun, apa yang dapat saya perhatikan didalam drama ini ialah sifat tersebut telah hilang dalam kalangan orang muda, khususnya perempuan. Walaupun drama ini hanyalah sebuah lakonan, namun wataknya dibawa oleh orang Melayu, yang membawa identiti orang Melayu, serta mempamerkan diri sebagai orang Islam.

Walau bagaimanapun, watak perempuan didalam drama ini yang langsung tidak kisah di sentuh oleh lelaki yang bukan muhrimnya, yang hanya BERLAKON sebagai suaminya menunjukkan realiti masyarakat hari ini yang tidak kisah mengenai hal ini.

Nor Akma binti Saleh 2015408418

Apakah perbezaan zaman dahulu dengan zaman sekarang dalam tamadun melayu?. berdasarkan tugasan yang telah diberikan, saya telah menonton sebuah cerita melayu bertajuk "hai lah menantu"
berdasarkan cerita ini, saya dapat beberapa perbezaan, antaranya ialah :

1. Perempuan pada zaman dahulu terkenal dengan sifat lemah lembut, beretika, berpakaian seperti wanita. tetapi melalui cerita ni, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa perempuan zaman sekarang yang bersifat ganas, dan berpakaian seperti lelaki. Oleh itu, dalam masyarakat melayu sekarang, kite perlulah kembalikan sifat kewanitaan kite, agar kite dapat buktikan bahawa perempuan sebenarnya terkenal dengan sifat lemah lembutnya.

2. Pada zaman dahulu, wanita selalunya bersifat pemalu, menjaga batas pergaulan sesame lain jantina, tetapi melalui cerita ini, dapat dilihat bahawa batas pergaulan mereka tidak dijaga malah hilang sifat pemalu dalam diri mereka untuk bercakap dengan lain jantina. Hal ini perlulah dielakkan agar tamadun melayu dapat dikembalikan semula.

3. Cara bercakap dengan orang tua dalam cerita ini  bercirikan sifat kasar dan tidak menghormati, berbeza dengan zaman dahulu yang menitik beratkan hormati orang yang lebih tua dari diri kite, tunduk apabila lalu di hadapan mereka dan salam sebagai tanda hormat. Oleh itu, masyarat kite perlulah teruskan amalan hormati orang yang lebih tua agar tidak luput dek zaman.

(Siti Aisyah Binti Zulkfili, 2015428874)

Prinsip IQRA' Sebagai Pemaju Tamadun, Cara Penyelesaian Sebenar Berfokuskan Terhadap Diri Sendiri- 5/11/2015

PERINTAH Iqra’, wahyu pertama yang turun pada Ramadan, meletak batu asas dan etos tamadun manusia.

Ia tamadun yang bertujuan dan berasaskan prinsip kesejahteraan untuk alam sejagat.

Tamadun yang tidak angkuh untuk mendakwa bahawa ialah yang paling berkuasa dan segala-galanya tunduk kepada ilmu dan kekuasaannya.

Tamadun yang asasnya bukan prinsip ‘siapa kuat dia menang’, tetapi prinsip saling menyempurnakan dan kerjasama (ta’aruf dan ta’awun).

Inilah kesimpulan utama yang boleh diambil daripada analisis ayat pertama Al-Quran, yakni perintah Iqra’ – daripada tiga bahagian rencana saya yang lalu.


Pada bahagian pertama, saya menegaskan perubahan minda dan jiwa yang berlaku pada seorang Rasul ummi dan masyarakat ummi dengan perintah Iqra’.

Bahagian kedua menjelaskan maksud utama Iqra’, yakni menghimpunkan, meneliti dan menelaah makna, rahsia dan hikmah di sebalik sesuatu, dan bukan hanya butiran maklumat mengenai sesuatu.

Pada bahagian ketiga saya menegaskan kita diperintah membaca semua yang tersurat dan tersirat.

Beberapa kesimpulan boleh dibuat di sini daripada pembahasan lalu.

Pertama: Pada wahyu pertama, perintah membaca (Iqra’) dan menulis (pena) datang berdampingan. Membaca dan menulis asas pembangunan sebuah tamadun.

Bahkan, kemampuan mencipta bahasa dan tulisan adalah mukjizat manusia yang tidak ada pada makhluk lain.

Melalui ciptaan bahasa dan tulisan, ilmu terus dipelajari, dibangunkan, dimajukan, diajar dan disebarkan dari satu generasi ke satu generasi.

Tidak hairanlah ulama dan cendekiawan Islam terdahulu membincangkan makna ilmu dalam cara yang tidak pernah dibincangkan tamadun lain.

Ini diakui sendiri oleh seorang pemikir tersohor Barat, Franz Rosenthal, ketika menulis kajiannya mengenai tradisi ilmu pemikir, Islam Knowledge Triumphant (Kejayaan Ilmu Islam).

Tidak hairanlah teknologi tulisan dan bahan tulisan (kertas, pena, dan pencetakan) begitu maju hingga diakui para pengkaji Barat dan Timur.

Kedua: Kita diperintah membaca segala-galanya, yang tersurat dan tersirat, bukan hanya membaca apa yang dikatakan sebagai buku atau ilmu agama.

Ini kerana sesungguhnya rahsia dan hikmah Allah swt termaktub dalam semua ilmu.

Kita diminta meneliti, menelaah dan menghimpunkan rahsia dan hikmah ini.

Sesungguhnya tidak ada pemisahan antara ‘ilmu agama/akhirat’ dengan ‘ilmu dunia’ atau ‘ilmu sekular’.

Jika mempelajari ilmu dunia tanpa mempelajari ilmu agama dianggap sebagai sekularisasi (dan timbulnya istilah sekolah sekular atau pendidikan sekular), tidak kurang sekular apabila seseorang mempelajari ilmu agama tanpa mempelajari ilmu dunia.

Yang perlu dipertimbang bukan apa yang dipelajari, tetapi tujuan apa yang dipelajari.

Pastinya kita perlu menghimpun dan meneliti butiran-butiran maklumat mengenai hakikat sesuatu.

Tetapi Iqra’ menuntut kita menghimpun maksud, tujuan dan hikmah sesuatu. Ia mengingatkan kita akan tujuan ciptaan kita.

Sebagai contoh, manusia meneliti dan meneroka potensi yang ada pada ciptaan. Ini dilakukan melalui sains dan teknologi.

Bioperubatan, biosains dan teknologi nano menawarkan potensi besar untuk memberi kesejahteraan kesihatan dan hidup pada manusia.

Tetapi ia juga boleh menyumbang kepada kemudaratan apabila ia hanya bertujuan memuaskan kerakusan dan keangkuhan manusia.

Tenaga nuklear boleh dijadikan sumber pembangunan. Ia juga boleh menjadi sumber kerosakan dan kebinasan besar-besaran.

Ketiga: Ketika Allah memerintahkan kita membaca segala-galanya, Allah tidak meninggalkan kita tanpa panduan.

Maka itu diturunkan Al-Quran, dan diturunkan secara berperingkat.

Diutusnya Rasulullah saw yang merupakan ‘Al-Quran berjalan’ di muka bumi.

Al-Quran bukan buku sains, walaupun di dalamnya ada hakikat sains.

Al-Quran bukan buku sejarah, walapun diisi dengan banyak kisah-kisah sejarah.

Al-Quran juga bukan buku hukum atau perundangan walaupun ada ayat-ayat hukum.

Al-Quran adalah buku ‘hidayah’, atau petunjuk.

Selepas surah pembukaan (Al-Fatihah), Al-Quran menegaskan ia adalah “Kitab yang tiada keraguan padanya, sebagai petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (Surah Al-Baqarah: 1).

Ketika Al-Quran mengkhabarkan kepada kita penurunannya dalam Ramadan, ia berkata: “Bulan Ramadan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil).” (Surah Al-Baqarah: 185).

Keempat: Jika kita memahami bahawa Iqra’ memerintah kita membaca segala yang tersurat dan tersirat, kita faham bahawa Allah masih terus berkomunikasi dengan kita.

Allah terus memberi petunjuk–Nya kepada kita melalui ayat tersurat yang dipelihara (Al-Quran), melalui contoh-contoh Rasulullah saw melalui tradisi sunnah atau hadisnya.

Allah juga terus berkomunikasi dengan kita melalui ayat-ayat tersirat. Ini melalui ciptaan–Nya, dan juga kejadian alam atau pergolakan hidup manusia.

Hatta, melalui kehidupan binatang dan tumbuh-tumbuhan tersirat wahyu Allah kepada manusia.

Manusia tidak ditinggalkan tanpa petunjuk dan panduan. Tetapi manusia lalai dan terlupa akan petunjuk dan panduan ini.

Manusia lalai dan lemas di tengah-tengah pencapaiannya, dan terlupa maksud, tujuan dan hikmah sesuatu.

Ringkasnya, umat Islam ialah umat yang banyak membaca dan menulis. Ia membaca dan menulis segala-galanya yang bermanfaat dan bermakna.

Bertadabbur dan bertafakur pada ciptaan dan kejadian alam adalah budaya hidupnya.

Mencipta demi membawa kesejahteraan alam dan kehidupan adalah misinya sebagai khalifah.

Jika kita mendakwa Al-Quran milik kita, maka umat Islamlah yang lebih utama menghidupkan etos Al-Quran ini dalam membangunkan tamadun dan kehidupan yang lebih sejahtera.

Keagungan Ramadan bukan hanya pada kewajipan berpuasa. Lebih utama ialah Ramadan ini bulan Al-Quran.

Tujuan berpuasa ialah agar kita bertakwa. Dan takwa ini adalah bekal dalam kita menjalankan misi Iqra’ dan membangunkan tamadun.

Maka, jika ada satu amalan dan budaya yang kita harap terus hidup dalam diri kita selepas Ramadan, ia adalah budaya Iqra’ – budaya membaca dan menulis, budaya meneliti, menelaah dan menghimpun.

Kelayakan Pemimpin Berdasarkan Qowiyyun Amin-22/10/2015

QAWIYY itu bermaksud kekuatan, keupayaan, kemahiran dan segala yang diperlukan untuk sesuatu tugasan itu dilakukan mengikut spesifikasinya. Di dalam bahasa semasa, kalimah Qawiyy ini boleh difahami sebagai nilai KOMPETENSI.
AMEEN pula merujuk kepada sifat amanah, bertanggungjawab dan segala kualiti akhlaq seseorang yang mudah untuk difahami sebagai nilai INTEGRITI.

Seorang pemimpin haruslah dipilih berdasarkan ciri-ciri Qowiyyun Amin.


Siapakah Pemimpin?

Dalam fiqh Islam, ketua negara atau pemimpin umat Islam disebut dengan beberapa nama. Ia adalah seperti Khalifah, Imamatul Kubra (pemimpin utama atau tertinggi), al-Imam, Waliyyul Amr, Imaratul Mukminin atau Amirul Mukminin, imam al-Muslimin, Sultan, dan al-Malik (raja). Kemudian, di bawah pemimpin tertinggi akan ada pula wakil-wakil pemimpin, para pembantunya, menteri-menteri, wali kota, garbenor, panglima, dan selainnya yang dilantik oleh pemimpin pertama (tertinggi).

Memilih seorang pemimpin (muslim) bagi menguruskan hal ehwal umat Islam dalam sesebuah negara hukumnya adalah wajib berdasarkan al-Qur’an, as-Sunnah dan ijma’ ulama. Tugas pemimpin umat Islam secara umum adalah untuk menjaga urusan agama dan dunia.

Al-Khaththabi rahimahullah menyebutkan:

ان المراد بأئمة المسلمين الخلفاء وغيرهم ممن يقوم بأمور المسملين من اصحاب الولايات

“Yang dimaksudkan dengan pemimpin umat Islam adalah para khalifah dan selainnya dari kalangan para pemimpin yang memegang tanggungjawab menguruskan hal-ehwal umat Islam (masyarakat).” (Syarah Shahih Muslim, 2/38)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang amir (pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 6/296, no. 1627. Hadis hasan sahih)

Syaikh ‘Abdus Salam B. Barjas rahimahullah telah menggariskan beberapa kaedah dalam menentukan siapakah dia pemimpin (bagi umat Islam). Yang dengannya ia perlu ditaati, dihormati serta mendapat hak-haknya sebagai pemimpin atau pemerintah. Berikut disimpulkan kaedah-kaedah tersebut secara ringkas yang diambil dari buku beliau Mu’ammalatul Hukkam fii Dhaw al-Kitab wa as-Sunnah, pada bab fii Qowa’id Tata’allaq bil Amanah:

1 – Sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam yang memiliki kedaulatan atau kuasa mentadbir masyarakat atau rakyat. Sama ada dari sudut perundangan, kuasa, kekuatan, sokongan rakyat, ataupun ketenteraan.

2 – Sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam yang telah dipilih, atau telah menang dan memegang kuasa pemerintahan, maka dia adalah pemimpin yang wajib ditaati dan dihormati, tidak boleh dilawan, dan tidak boleh keluar dari ketaatan kepadanya. Sama ada dia mencapai kerusi kepimpinan tersebut secara syar’i atau sebaliknya.

3 – Walaupun pemimpin tersebut tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan sebagai seorang pemimpin yang sah, namun apabila dia telah memegang kekuasaan dalam pemerintahan, maka wajib untuk ditaati dan haram menentangnya.

4 – Dibolehkan bagi setiap negara, atau wilayah tertentu memiliki pemimpin masing-masing tanpa terikat dengan wilayah yang lain apabila ianya telah berlaku. Setiap masyarakat atau rakyat perlu mentaati pemimpin tertinggi dan wakil-wakilnya bagi wilayah atau negaranya masing-masing.

Imam asy-Syaukani rahimahullah ketika menafsirkan firman Allah Subhanhu wa Ta’ala, surah an-Nisa’ ayat 59, beliau menyatakan:

وأولي الأمر هم: الأئمة، والسلاطين، والقضاة، وكل من كانت له ولاية شرعية لا ولاية طاغوتية

“Ulil amri adalah para imam, sultan, qadhi, dan setiap orang yang memiliki kekuasaan syar’iyyah, bukan kekuasaan thaghutiyyah.” (Imam asy-Syaukani, Fathul Qadir, 2/166)

“Para ulama mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan ulil amri di sini adalah orang yang Allah wajibkan kepada kita untuk taat kepadanya, iaitu mereka yang memegang kekuasaan dan memimpin. Ini adalah perkataan jumhur ulama salaf dan khalaf daripada kalangan ahli tafsir, fuqaha’ (ulama fiqh), dan selainnya. Dan ada yang menyatakan ia adalah ulama. Dan ada pula pendapat lain menyatakan ia adalah pemimpin dan ulama. Adapun yang menyatakan bahawa yang dimaksudkan sebagai ulil amri di sini adalah para sahabat sahaja, maka pendapat ini adalah tertolak.” (Syarah Shahih Muslim, 12/224)

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menyebutkan:

وهو أن النبي صلى الله عليه و سلم أمر بطاعة الأئمة الموجودين المعلومين الذين لهم سلطان يقدرون به على سياسة الناس لا بطاعة معدوم ولا مجهول ولا من ليس له سلطان ولا قدرة على شيء أصلا

“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memerintahkan supaya taat kepada imam (pemimpin) yang sah (yang wujud), yang diketahui, yang memiliki (memegang) kuasa perundangan untuk mentadbir urusan masyarakat. Tidak ada ketaatan bagi pemimpin yang tidak wujud, yang tidak diketahui (atau tidak diiktiraf) sebagai pemimpin, dan yang tidak memiliki jawatan (kuasa) kepimpinan ke atas segala sesuatu yang mana secara asalnya tidak ada ketaatan bagi orang yang tidak memiliki kekuasaan dan tidak memiliki kemampuan apapun.” (Ibnu Taimiyyah, Minhajus Sunnah an-Nabawiyah, 1/115 - Mu’assasah al-Qurthubah)

Ibnu Baththal berkata, “Para fuqaha’ telah sepakat (ijma’) berkenaan kewajiban mentaati sultan (pemerintah) yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakan (mutaghallib), dan hendaklah kita berjihad bersama-samanya. Ini adalah kerana ketaatan kepadanya lebih baik dari keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian dalam perkara ini, melainkan apabila sultan melakukan kekafiran yang nyata.”.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/7)

Sebagaimana juga perkataan Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H), “Apabila naiknya Abdul Malik B. Marwan dengan cara keluar menentang Ibnu az-Zubair, membunuhnya, memaksa rakyat dengan pedang hingga dia naik sebagai imam (pemimpin) dan diberikan bai’ah, maka wajib pula mentaati pemerintah yang mutaghallib (yang naik dengan cara yang tidak syar’i) ini.” (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 8/526)

AYAT AL QURAN YANG MENGANDUNGI JAMINAN ALLAH TERHADAP KEMENANGAN UMAT ISLAM- 22/10/2015


ash-Shaffat/37: 171-177
A171
Dan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul -
(As-Saaffaat 37:171) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A172
Bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan
(As-Saaffaat 37:172) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A173
Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran).
(As-Saaffaat 37:173) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A174
Oleh itu berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.
(As-Saaffaat 37:174) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A175
Dan lihat (apa yang akan menimpa) mereka; tidak lama kemudian mereka akan melihat (kemenangan yang telah Kami tetapkan untukmu).
(As-Saaffaat 37:175) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A176
Maka tidaklah patut mereka meminta disegerakan azab (yang telah ditetapkan oleh) Kami!
(As-Saaffaat 37:176) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A177
Kerana apabila azab itu turun dalam daerah dan kawasan mereka, sudah tentu buruklah hari orang-orang yang tidak mengindahkan amaran yang telah diberikan.
(As-Saaffaat 37:177) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark



al-Qamar/54:45
A045
Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari.
(Al-Qamar 54:45) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Shâd/38:11
A011
(Sebenarnya mereka hanyalah) satu pasukan tentera dari kumpulan-kumpulan (yang menentang kebenaran), yang pada suatu masa kelak tetap akan dikalahkan.
(Saad 38:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark