Saya telah menonton drama Tuan Anas Mikael episode 1 , justeru beberapa nilai Melayu telah dapat saya kaji. Antaranya:
1. Nilai menghormati ibu bapa. Sememangnya nilai ini masih diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu kita masa kini. Hal ini amat membanggakan saya walaupun ia telah diamalkan sejak dahulu kala lagi dan masih tidak dilupakan oleh sesetengah pihak.
2.Pada zaman dahulu, kaum wanita Melayu sangat terkenal dengan pemakaian baju kurung . Namun, hal ini sudah jarang dilihat terutama di Malaysia kerana adanya fenomena perubahan cara berfesyen dalam kalangan wanita Melayu yang makin menjolok mata. Pemakaian baju kurung hanyalah dapat dilihat di majlis-majlis rasmi sahaja.
3. Seterusnya adalah nilai lemah lembut wanita Melayu yang telah digambarkan dalam sejarah Melayu dahulu kala makin sukar dilihat pada hari ini . Daripada segi percakapan yang kasar dan pergerakan tubuh badan yang tidak menggambarkan kelembutan jelas membuktikan hal ini.
(Siti Zatil Nurhidanah Binti Zakaria, 2015428424)
tugasanpada kali ini adalah menonton drama! Yeay! Ustazah memberi tugasan kepada kami untuk menonton drama Melayu, kaji serta selidik nilai-nilai yang terdapat pada masyarakat Melayu hari ini dan seterusnya bandingkan dengan masyarat Melayu dahulu kala.
Jadi, berdasarkan drama Melayu yang saya tonton, saya dapat rumuskan bahawa nilai-nilai yang selama ini membentuk jati diri masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini semakin pudar. Antaranya termasuklah:
1. Nilai menghormati dan mentaati suami.
Jika kita lihat masyarakat wanita Melayu zaman dahulu, mereka sangat menitikberatkan soal menjaga kebajikan suami, menjaga cara percakapan mereka agar tidak mengguris hati suami, melaksanakan tanggungjawab menguruskan makan pakai suami dan sebagainya.
Namun, apa yang dapat saya lihat melalui drama tersebut, nilai tersebut sudah tidak wujud dalam hubungan suami isteri tersebut terutamanya dalam pasangan muda. Si isteri langsung tidak menunjukkan sikap menghormati suaminya dengan menggunakan panggilan bahasa yang agak kurang sesuai.
Isteri-isteri pada hari ini mempunyai kurang kesedaran bahawa suami merupakan individu yang wajib mereka taati dan hormati selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran agama.
Hal ini mungkin disebabkan oleh tiada penekanan agama dalam diri masing-masing, serta hakikat wanita hari ini yang lebih bekerjaya serta lebih bergaji besar berbanding suami. Lantas, mereka dengan mudahnya menganggap bahawa mereka harus lebih dihormati oleh si suami, tanpa perlu mereka menghormati suami mereka,
2. Hilang malu dalam masyarakat Melayu
Umum mengetahui bahawa masyarakat Melayu terkenal dengan sifat lemah-lembut, menjaga adab serta batas dalam pergaulan seharian. Namun, apa yang dapat saya perhatikan didalam drama ini ialah sifat tersebut telah hilang dalam kalangan orang muda, khususnya perempuan. Walaupun drama ini hanyalah sebuah lakonan, namun wataknya dibawa oleh orang Melayu, yang membawa identiti orang Melayu, serta mempamerkan diri sebagai orang Islam.
Walau bagaimanapun, watak perempuan didalam drama ini yang langsung tidak kisah di sentuh oleh lelaki yang bukan muhrimnya, yang hanya BERLAKON sebagai suaminya menunjukkan realiti masyarakat hari ini yang tidak kisah mengenai hal ini.
Nor Akma binti Saleh 2015408418
Apakah perbezaan zaman dahulu dengan zaman sekarang dalam tamadun melayu?. berdasarkan tugasan yang telah diberikan, saya telah menonton sebuah cerita melayu bertajuk "hai lah menantu"
berdasarkan cerita ini, saya dapat beberapa perbezaan, antaranya ialah :
1. Perempuan pada zaman dahulu terkenal dengan sifat lemah lembut, beretika, berpakaian seperti wanita. tetapi melalui cerita ni, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa perempuan zaman sekarang yang bersifat ganas, dan berpakaian seperti lelaki. Oleh itu, dalam masyarakat melayu sekarang, kite perlulah kembalikan sifat kewanitaan kite, agar kite dapat buktikan bahawa perempuan sebenarnya terkenal dengan sifat lemah lembutnya.
2. Pada zaman dahulu, wanita selalunya bersifat pemalu, menjaga batas pergaulan sesame lain jantina, tetapi melalui cerita ini, dapat dilihat bahawa batas pergaulan mereka tidak dijaga malah hilang sifat pemalu dalam diri mereka untuk bercakap dengan lain jantina. Hal ini perlulah dielakkan agar tamadun melayu dapat dikembalikan semula.
3. Cara bercakap dengan orang tua dalam cerita ini bercirikan sifat kasar dan tidak menghormati, berbeza dengan zaman dahulu yang menitik beratkan hormati orang yang lebih tua dari diri kite, tunduk apabila lalu di hadapan mereka dan salam sebagai tanda hormat. Oleh itu, masyarat kite perlulah teruskan amalan hormati orang yang lebih tua agar tidak luput dek zaman.
(Siti Aisyah Binti Zulkfili, 2015428874)
No comments:
Post a Comment