Sunday, 22 November 2015

Nilai Melayu Sekarang versus Nilai Melayu Sebenar-19/11/2015

Saya telah menonton drama Tuan Anas Mikael episode 1 , justeru beberapa nilai Melayu telah dapat saya kaji. Antaranya:
1. Nilai menghormati ibu bapa. Sememangnya nilai ini masih diamalkan dalam kalangan  masyarakat Melayu kita masa kini. Hal ini amat membanggakan saya walaupun ia telah diamalkan sejak dahulu kala lagi dan masih tidak dilupakan oleh sesetengah pihak.
2.Pada zaman dahulu, kaum wanita Melayu sangat terkenal dengan pemakaian baju kurung . Namun, hal ini sudah jarang dilihat terutama di Malaysia kerana adanya fenomena perubahan cara berfesyen dalam kalangan wanita Melayu yang makin menjolok mata. Pemakaian baju kurung hanyalah dapat dilihat di majlis-majlis rasmi sahaja.
3. Seterusnya adalah nilai lemah lembut wanita Melayu yang telah digambarkan dalam sejarah Melayu dahulu kala makin sukar dilihat pada hari ini . Daripada segi percakapan yang kasar dan pergerakan tubuh badan yang tidak menggambarkan kelembutan jelas membuktikan hal ini.

(Siti Zatil Nurhidanah Binti Zakaria, 2015428424)

tugasanpada kali ini adalah menonton drama! Yeay! Ustazah memberi tugasan kepada kami untuk menonton drama Melayu, kaji serta selidik nilai-nilai yang terdapat pada masyarakat Melayu hari ini dan seterusnya bandingkan dengan masyarat Melayu dahulu kala.

Jadi, berdasarkan drama Melayu yang saya tonton, saya dapat rumuskan bahawa nilai-nilai yang selama ini membentuk jati diri masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini semakin pudar. Antaranya termasuklah:

1. Nilai menghormati dan mentaati suami.
Jika kita lihat masyarakat wanita Melayu zaman dahulu, mereka sangat menitikberatkan soal menjaga kebajikan suami, menjaga cara percakapan mereka agar tidak mengguris hati suami, melaksanakan tanggungjawab menguruskan makan pakai suami dan sebagainya.

Namun, apa yang dapat saya lihat melalui drama tersebut, nilai tersebut sudah tidak wujud dalam hubungan suami isteri tersebut terutamanya dalam pasangan muda. Si isteri langsung tidak menunjukkan sikap menghormati suaminya dengan menggunakan panggilan bahasa yang agak kurang sesuai.

 Isteri-isteri pada hari ini mempunyai kurang kesedaran bahawa suami merupakan individu yang wajib mereka taati dan hormati selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran agama.
Hal ini mungkin disebabkan oleh tiada penekanan agama dalam diri masing-masing, serta hakikat wanita hari ini yang lebih bekerjaya serta lebih bergaji besar berbanding suami. Lantas, mereka dengan mudahnya menganggap bahawa mereka harus lebih dihormati oleh si suami, tanpa perlu mereka menghormati suami mereka,

2. Hilang malu dalam masyarakat Melayu
Umum mengetahui bahawa masyarakat Melayu terkenal dengan sifat lemah-lembut, menjaga adab serta batas dalam pergaulan seharian. Namun, apa yang dapat saya perhatikan didalam drama ini ialah sifat tersebut telah hilang dalam kalangan orang muda, khususnya perempuan. Walaupun drama ini hanyalah sebuah lakonan, namun wataknya dibawa oleh orang Melayu, yang membawa identiti orang Melayu, serta mempamerkan diri sebagai orang Islam.

Walau bagaimanapun, watak perempuan didalam drama ini yang langsung tidak kisah di sentuh oleh lelaki yang bukan muhrimnya, yang hanya BERLAKON sebagai suaminya menunjukkan realiti masyarakat hari ini yang tidak kisah mengenai hal ini.

Nor Akma binti Saleh 2015408418

Apakah perbezaan zaman dahulu dengan zaman sekarang dalam tamadun melayu?. berdasarkan tugasan yang telah diberikan, saya telah menonton sebuah cerita melayu bertajuk "hai lah menantu"
berdasarkan cerita ini, saya dapat beberapa perbezaan, antaranya ialah :

1. Perempuan pada zaman dahulu terkenal dengan sifat lemah lembut, beretika, berpakaian seperti wanita. tetapi melalui cerita ni, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa perempuan zaman sekarang yang bersifat ganas, dan berpakaian seperti lelaki. Oleh itu, dalam masyarakat melayu sekarang, kite perlulah kembalikan sifat kewanitaan kite, agar kite dapat buktikan bahawa perempuan sebenarnya terkenal dengan sifat lemah lembutnya.

2. Pada zaman dahulu, wanita selalunya bersifat pemalu, menjaga batas pergaulan sesame lain jantina, tetapi melalui cerita ini, dapat dilihat bahawa batas pergaulan mereka tidak dijaga malah hilang sifat pemalu dalam diri mereka untuk bercakap dengan lain jantina. Hal ini perlulah dielakkan agar tamadun melayu dapat dikembalikan semula.

3. Cara bercakap dengan orang tua dalam cerita ini  bercirikan sifat kasar dan tidak menghormati, berbeza dengan zaman dahulu yang menitik beratkan hormati orang yang lebih tua dari diri kite, tunduk apabila lalu di hadapan mereka dan salam sebagai tanda hormat. Oleh itu, masyarat kite perlulah teruskan amalan hormati orang yang lebih tua agar tidak luput dek zaman.

(Siti Aisyah Binti Zulkfili, 2015428874)

Prinsip IQRA' Sebagai Pemaju Tamadun, Cara Penyelesaian Sebenar Berfokuskan Terhadap Diri Sendiri- 5/11/2015

PERINTAH Iqra’, wahyu pertama yang turun pada Ramadan, meletak batu asas dan etos tamadun manusia.

Ia tamadun yang bertujuan dan berasaskan prinsip kesejahteraan untuk alam sejagat.

Tamadun yang tidak angkuh untuk mendakwa bahawa ialah yang paling berkuasa dan segala-galanya tunduk kepada ilmu dan kekuasaannya.

Tamadun yang asasnya bukan prinsip ‘siapa kuat dia menang’, tetapi prinsip saling menyempurnakan dan kerjasama (ta’aruf dan ta’awun).

Inilah kesimpulan utama yang boleh diambil daripada analisis ayat pertama Al-Quran, yakni perintah Iqra’ – daripada tiga bahagian rencana saya yang lalu.


Pada bahagian pertama, saya menegaskan perubahan minda dan jiwa yang berlaku pada seorang Rasul ummi dan masyarakat ummi dengan perintah Iqra’.

Bahagian kedua menjelaskan maksud utama Iqra’, yakni menghimpunkan, meneliti dan menelaah makna, rahsia dan hikmah di sebalik sesuatu, dan bukan hanya butiran maklumat mengenai sesuatu.

Pada bahagian ketiga saya menegaskan kita diperintah membaca semua yang tersurat dan tersirat.

Beberapa kesimpulan boleh dibuat di sini daripada pembahasan lalu.

Pertama: Pada wahyu pertama, perintah membaca (Iqra’) dan menulis (pena) datang berdampingan. Membaca dan menulis asas pembangunan sebuah tamadun.

Bahkan, kemampuan mencipta bahasa dan tulisan adalah mukjizat manusia yang tidak ada pada makhluk lain.

Melalui ciptaan bahasa dan tulisan, ilmu terus dipelajari, dibangunkan, dimajukan, diajar dan disebarkan dari satu generasi ke satu generasi.

Tidak hairanlah ulama dan cendekiawan Islam terdahulu membincangkan makna ilmu dalam cara yang tidak pernah dibincangkan tamadun lain.

Ini diakui sendiri oleh seorang pemikir tersohor Barat, Franz Rosenthal, ketika menulis kajiannya mengenai tradisi ilmu pemikir, Islam Knowledge Triumphant (Kejayaan Ilmu Islam).

Tidak hairanlah teknologi tulisan dan bahan tulisan (kertas, pena, dan pencetakan) begitu maju hingga diakui para pengkaji Barat dan Timur.

Kedua: Kita diperintah membaca segala-galanya, yang tersurat dan tersirat, bukan hanya membaca apa yang dikatakan sebagai buku atau ilmu agama.

Ini kerana sesungguhnya rahsia dan hikmah Allah swt termaktub dalam semua ilmu.

Kita diminta meneliti, menelaah dan menghimpunkan rahsia dan hikmah ini.

Sesungguhnya tidak ada pemisahan antara ‘ilmu agama/akhirat’ dengan ‘ilmu dunia’ atau ‘ilmu sekular’.

Jika mempelajari ilmu dunia tanpa mempelajari ilmu agama dianggap sebagai sekularisasi (dan timbulnya istilah sekolah sekular atau pendidikan sekular), tidak kurang sekular apabila seseorang mempelajari ilmu agama tanpa mempelajari ilmu dunia.

Yang perlu dipertimbang bukan apa yang dipelajari, tetapi tujuan apa yang dipelajari.

Pastinya kita perlu menghimpun dan meneliti butiran-butiran maklumat mengenai hakikat sesuatu.

Tetapi Iqra’ menuntut kita menghimpun maksud, tujuan dan hikmah sesuatu. Ia mengingatkan kita akan tujuan ciptaan kita.

Sebagai contoh, manusia meneliti dan meneroka potensi yang ada pada ciptaan. Ini dilakukan melalui sains dan teknologi.

Bioperubatan, biosains dan teknologi nano menawarkan potensi besar untuk memberi kesejahteraan kesihatan dan hidup pada manusia.

Tetapi ia juga boleh menyumbang kepada kemudaratan apabila ia hanya bertujuan memuaskan kerakusan dan keangkuhan manusia.

Tenaga nuklear boleh dijadikan sumber pembangunan. Ia juga boleh menjadi sumber kerosakan dan kebinasan besar-besaran.

Ketiga: Ketika Allah memerintahkan kita membaca segala-galanya, Allah tidak meninggalkan kita tanpa panduan.

Maka itu diturunkan Al-Quran, dan diturunkan secara berperingkat.

Diutusnya Rasulullah saw yang merupakan ‘Al-Quran berjalan’ di muka bumi.

Al-Quran bukan buku sains, walaupun di dalamnya ada hakikat sains.

Al-Quran bukan buku sejarah, walapun diisi dengan banyak kisah-kisah sejarah.

Al-Quran juga bukan buku hukum atau perundangan walaupun ada ayat-ayat hukum.

Al-Quran adalah buku ‘hidayah’, atau petunjuk.

Selepas surah pembukaan (Al-Fatihah), Al-Quran menegaskan ia adalah “Kitab yang tiada keraguan padanya, sebagai petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (Surah Al-Baqarah: 1).

Ketika Al-Quran mengkhabarkan kepada kita penurunannya dalam Ramadan, ia berkata: “Bulan Ramadan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil).” (Surah Al-Baqarah: 185).

Keempat: Jika kita memahami bahawa Iqra’ memerintah kita membaca segala yang tersurat dan tersirat, kita faham bahawa Allah masih terus berkomunikasi dengan kita.

Allah terus memberi petunjuk–Nya kepada kita melalui ayat tersurat yang dipelihara (Al-Quran), melalui contoh-contoh Rasulullah saw melalui tradisi sunnah atau hadisnya.

Allah juga terus berkomunikasi dengan kita melalui ayat-ayat tersirat. Ini melalui ciptaan–Nya, dan juga kejadian alam atau pergolakan hidup manusia.

Hatta, melalui kehidupan binatang dan tumbuh-tumbuhan tersirat wahyu Allah kepada manusia.

Manusia tidak ditinggalkan tanpa petunjuk dan panduan. Tetapi manusia lalai dan terlupa akan petunjuk dan panduan ini.

Manusia lalai dan lemas di tengah-tengah pencapaiannya, dan terlupa maksud, tujuan dan hikmah sesuatu.

Ringkasnya, umat Islam ialah umat yang banyak membaca dan menulis. Ia membaca dan menulis segala-galanya yang bermanfaat dan bermakna.

Bertadabbur dan bertafakur pada ciptaan dan kejadian alam adalah budaya hidupnya.

Mencipta demi membawa kesejahteraan alam dan kehidupan adalah misinya sebagai khalifah.

Jika kita mendakwa Al-Quran milik kita, maka umat Islamlah yang lebih utama menghidupkan etos Al-Quran ini dalam membangunkan tamadun dan kehidupan yang lebih sejahtera.

Keagungan Ramadan bukan hanya pada kewajipan berpuasa. Lebih utama ialah Ramadan ini bulan Al-Quran.

Tujuan berpuasa ialah agar kita bertakwa. Dan takwa ini adalah bekal dalam kita menjalankan misi Iqra’ dan membangunkan tamadun.

Maka, jika ada satu amalan dan budaya yang kita harap terus hidup dalam diri kita selepas Ramadan, ia adalah budaya Iqra’ – budaya membaca dan menulis, budaya meneliti, menelaah dan menghimpun.

Kelayakan Pemimpin Berdasarkan Qowiyyun Amin-22/10/2015

QAWIYY itu bermaksud kekuatan, keupayaan, kemahiran dan segala yang diperlukan untuk sesuatu tugasan itu dilakukan mengikut spesifikasinya. Di dalam bahasa semasa, kalimah Qawiyy ini boleh difahami sebagai nilai KOMPETENSI.
AMEEN pula merujuk kepada sifat amanah, bertanggungjawab dan segala kualiti akhlaq seseorang yang mudah untuk difahami sebagai nilai INTEGRITI.

Seorang pemimpin haruslah dipilih berdasarkan ciri-ciri Qowiyyun Amin.


Siapakah Pemimpin?

Dalam fiqh Islam, ketua negara atau pemimpin umat Islam disebut dengan beberapa nama. Ia adalah seperti Khalifah, Imamatul Kubra (pemimpin utama atau tertinggi), al-Imam, Waliyyul Amr, Imaratul Mukminin atau Amirul Mukminin, imam al-Muslimin, Sultan, dan al-Malik (raja). Kemudian, di bawah pemimpin tertinggi akan ada pula wakil-wakil pemimpin, para pembantunya, menteri-menteri, wali kota, garbenor, panglima, dan selainnya yang dilantik oleh pemimpin pertama (tertinggi).

Memilih seorang pemimpin (muslim) bagi menguruskan hal ehwal umat Islam dalam sesebuah negara hukumnya adalah wajib berdasarkan al-Qur’an, as-Sunnah dan ijma’ ulama. Tugas pemimpin umat Islam secara umum adalah untuk menjaga urusan agama dan dunia.

Al-Khaththabi rahimahullah menyebutkan:

ان المراد بأئمة المسلمين الخلفاء وغيرهم ممن يقوم بأمور المسملين من اصحاب الولايات

“Yang dimaksudkan dengan pemimpin umat Islam adalah para khalifah dan selainnya dari kalangan para pemimpin yang memegang tanggungjawab menguruskan hal-ehwal umat Islam (masyarakat).” (Syarah Shahih Muslim, 2/38)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang amir (pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 6/296, no. 1627. Hadis hasan sahih)

Syaikh ‘Abdus Salam B. Barjas rahimahullah telah menggariskan beberapa kaedah dalam menentukan siapakah dia pemimpin (bagi umat Islam). Yang dengannya ia perlu ditaati, dihormati serta mendapat hak-haknya sebagai pemimpin atau pemerintah. Berikut disimpulkan kaedah-kaedah tersebut secara ringkas yang diambil dari buku beliau Mu’ammalatul Hukkam fii Dhaw al-Kitab wa as-Sunnah, pada bab fii Qowa’id Tata’allaq bil Amanah:

1 – Sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam yang memiliki kedaulatan atau kuasa mentadbir masyarakat atau rakyat. Sama ada dari sudut perundangan, kuasa, kekuatan, sokongan rakyat, ataupun ketenteraan.

2 – Sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam yang telah dipilih, atau telah menang dan memegang kuasa pemerintahan, maka dia adalah pemimpin yang wajib ditaati dan dihormati, tidak boleh dilawan, dan tidak boleh keluar dari ketaatan kepadanya. Sama ada dia mencapai kerusi kepimpinan tersebut secara syar’i atau sebaliknya.

3 – Walaupun pemimpin tersebut tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan sebagai seorang pemimpin yang sah, namun apabila dia telah memegang kekuasaan dalam pemerintahan, maka wajib untuk ditaati dan haram menentangnya.

4 – Dibolehkan bagi setiap negara, atau wilayah tertentu memiliki pemimpin masing-masing tanpa terikat dengan wilayah yang lain apabila ianya telah berlaku. Setiap masyarakat atau rakyat perlu mentaati pemimpin tertinggi dan wakil-wakilnya bagi wilayah atau negaranya masing-masing.

Imam asy-Syaukani rahimahullah ketika menafsirkan firman Allah Subhanhu wa Ta’ala, surah an-Nisa’ ayat 59, beliau menyatakan:

وأولي الأمر هم: الأئمة، والسلاطين، والقضاة، وكل من كانت له ولاية شرعية لا ولاية طاغوتية

“Ulil amri adalah para imam, sultan, qadhi, dan setiap orang yang memiliki kekuasaan syar’iyyah, bukan kekuasaan thaghutiyyah.” (Imam asy-Syaukani, Fathul Qadir, 2/166)

“Para ulama mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan ulil amri di sini adalah orang yang Allah wajibkan kepada kita untuk taat kepadanya, iaitu mereka yang memegang kekuasaan dan memimpin. Ini adalah perkataan jumhur ulama salaf dan khalaf daripada kalangan ahli tafsir, fuqaha’ (ulama fiqh), dan selainnya. Dan ada yang menyatakan ia adalah ulama. Dan ada pula pendapat lain menyatakan ia adalah pemimpin dan ulama. Adapun yang menyatakan bahawa yang dimaksudkan sebagai ulil amri di sini adalah para sahabat sahaja, maka pendapat ini adalah tertolak.” (Syarah Shahih Muslim, 12/224)

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menyebutkan:

وهو أن النبي صلى الله عليه و سلم أمر بطاعة الأئمة الموجودين المعلومين الذين لهم سلطان يقدرون به على سياسة الناس لا بطاعة معدوم ولا مجهول ولا من ليس له سلطان ولا قدرة على شيء أصلا

“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memerintahkan supaya taat kepada imam (pemimpin) yang sah (yang wujud), yang diketahui, yang memiliki (memegang) kuasa perundangan untuk mentadbir urusan masyarakat. Tidak ada ketaatan bagi pemimpin yang tidak wujud, yang tidak diketahui (atau tidak diiktiraf) sebagai pemimpin, dan yang tidak memiliki jawatan (kuasa) kepimpinan ke atas segala sesuatu yang mana secara asalnya tidak ada ketaatan bagi orang yang tidak memiliki kekuasaan dan tidak memiliki kemampuan apapun.” (Ibnu Taimiyyah, Minhajus Sunnah an-Nabawiyah, 1/115 - Mu’assasah al-Qurthubah)

Ibnu Baththal berkata, “Para fuqaha’ telah sepakat (ijma’) berkenaan kewajiban mentaati sultan (pemerintah) yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakan (mutaghallib), dan hendaklah kita berjihad bersama-samanya. Ini adalah kerana ketaatan kepadanya lebih baik dari keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian dalam perkara ini, melainkan apabila sultan melakukan kekafiran yang nyata.”.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/7)

Sebagaimana juga perkataan Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H), “Apabila naiknya Abdul Malik B. Marwan dengan cara keluar menentang Ibnu az-Zubair, membunuhnya, memaksa rakyat dengan pedang hingga dia naik sebagai imam (pemimpin) dan diberikan bai’ah, maka wajib pula mentaati pemerintah yang mutaghallib (yang naik dengan cara yang tidak syar’i) ini.” (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 8/526)

AYAT AL QURAN YANG MENGANDUNGI JAMINAN ALLAH TERHADAP KEMENANGAN UMAT ISLAM- 22/10/2015


ash-Shaffat/37: 171-177
A171
Dan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul -
(As-Saaffaat 37:171) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A172
Bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan
(As-Saaffaat 37:172) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A173
Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran).
(As-Saaffaat 37:173) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A174
Oleh itu berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.
(As-Saaffaat 37:174) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A175
Dan lihat (apa yang akan menimpa) mereka; tidak lama kemudian mereka akan melihat (kemenangan yang telah Kami tetapkan untukmu).
(As-Saaffaat 37:175) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A176
Maka tidaklah patut mereka meminta disegerakan azab (yang telah ditetapkan oleh) Kami!
(As-Saaffaat 37:176) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A177
Kerana apabila azab itu turun dalam daerah dan kawasan mereka, sudah tentu buruklah hari orang-orang yang tidak mengindahkan amaran yang telah diberikan.
(As-Saaffaat 37:177) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark



al-Qamar/54:45
A045
Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari.
(Al-Qamar 54:45) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Shâd/38:11
A011
(Sebenarnya mereka hanyalah) satu pasukan tentera dari kumpulan-kumpulan (yang menentang kebenaran), yang pada suatu masa kelak tetap akan dikalahkan.
(Saad 38:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark


Saturday, 21 November 2015

Refleksi Mingguan 19/11/2015- Tamadun Melayu

1. Agama Islam memasuki Tanah Melayu dengan penuh lemah lembut tanpa kekerasan seperti peperangan atau penjajahan.
2. Sebelum penjajahan , telah terbukti bahwa Tanah Melayu jauh lebih hebat daripada Barat itu sendiri.
3. Terdapat perkara tertentu yang hukumnya jatuh secara berberza ke atas individu yang berbeza. Contohnya hukum yang berbeza jatuh ke atas seseorang yang ingin menonton wayang bagi tujuan pembelajaran dan bagi seseorang yang ingin melakukan hal yang sama namun tanpa sebarang tujuan yang bermanfaat.
4.Sejak dahulu kala lagi bangsa Melayu telah mengamalkan sifat budi pekerti yang sangat halus dan lembut antara raja dan rakyat dan sesama rakyat. Oleh itu, hal ini harus diteruskan demi kesejahteraan semua seperti yang telah dibuktikan dalam sejarah Tamadun Melayu.
(Siti Zatil Nurhidanah Binti Zakaria, 2015428424)

1. Kita tidak boleh menolak kesemua pantang larang melayu tanpa kita selidik terlebih dahulu, apabila kita menolak terus pantang larang tersebut tanpa selidik, kita dianggap sombong terhadap nenek moyang kita.
2. Kita perlulah bersyukur dengan nikmat islam dalam tamadun melayu kerana islam lah merupakan agama yang paling sempurna.
3. Kita sebagai orang melayu perlulah merasa bangga menjadi seorang rakyat melayu.
4. Kita perlulah mengekalkan elemen agama islam dalam jati diri Melayu agar keunggulan mereka tidak terhakis serta berupaya menggerakkan mereka untuk memaju dan mengekalkan keamanan Negara ini.
(Siti Aisyah Binti Zulkifli, 2015428874)

1. Melayu  sebenarnya adalah bangsa yang hebat cuma kita telah digelapkan  tentang kegemilangan dan kehebatan oleh bangsa barat dek kerana tidak menginginkan bangsa Melayu bangun dan terus maju kehadapan.
2.  Apabila kita faham tentang tauhid yang sebenar, kita tidak akan takut untuk melakukan sesuatu seperti contoh kita nak berjaya tetapi kita takut bertanya kepada ahli-ahli yang telah berjaya.
3. Bangsa Melayu itu Islam jati dirinya.
(Muhammad NurAizat Bin Jamalludin, 2015663992)

1. Kita telah banyak ditipu, sejarah Melayu telah diseleweng oleh bangsa yang hasad dengan bangsa kita, kita dibesarkan dengan sejarah yang menipu, mendakwa kita adalah bangsa yang lemah, namun hakikat yang sebenar mengejutkan kami.
2. Bangsa Melayu adalah bangsa yang hebat, hakikatnya! apa yang pelik, kenapa sejarah kita diputarbelit? apa yang kita belajar di sekolah bukanlah hakikat sebenar yang berlaku.
3. bacalah sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang,bagaimana Islam datang secara aman di Nusantara. mimpi Merah Silu berjumpa Rasulullah SAW
4. namun, masyarakat kita tidak tahu, lantas mereka tidak mengenali bangsa mereka sendiri, tidak berbangga dengan kepahlawan nenek moyang kita
5. di sebalik melayu itu adalah Islam, kepahlawan melayu asasnya adalah Islam, perdagangan Melayu dahulu adalah Islam..namun kini semuanya telah terhakis. oleh itu, kenalilah bangsa Melayu, maka anda akan berbangga menjadi orang Melayu
Nor Akma binti Saleh 2015408418

1. Kehebatan orang melayu terdahulu banyak digelapkan oleh bangsa barat dan kita disajikan dengan penipuan dalam mempelajari sejarah melayu sendiri
2. kita perlu bersyukur dan berterima kasih kepada pemimpin terdahulu yang membawa islam ke tanah melayu, jiak tidak mungkin islam tidak sampai ke malaysia pada hari ini
3. Sejak dahulu kala lagi bangsa Melayu telah mengamalkan sifat budi pekerti yang sangat halus dan lembut antara raja dan rakyat dan sesama rakyat. Oleh itu, hal ini harus diteruskan demi kesejahteraan semua seperti yang telah dibuktikan dalam sejarah Tamadun Melayu.
4. Islam di tanah melayu datang dari Arab dan bukannya dari india mahupun china
(AMIRUL ASHRAF BIN ISMAIL 2015664086)


Sunday, 15 November 2015

Refleksi Mingguan (5/11/2015)-Tamadun Islam

1. Kita perlulah menjadi nombor satu dalam bidang masing-masing iaitu dengan cara kita sebagai umat islam perlu belajar bersungguh- sungguh menjadi terbaik antara yang terbaik agar kita rakyat islam dapat bangkit untuk menguasai ekonomi dunia dan kita dapat dijadikan tempat rujukan oleh Negara luar.
2. Kita perlulah memahami bahasa lain agar dapat memudahkan kita berkomunikasi dengan Negara luar serta dapat mengetahui strategi pihak luar.
3. Kita perlulah mempunyai sifat kasih saying kepada Negara kita iaitu dengan cara menghentikan pemerintah yang zalim , oleh itu kite berperanan untuk mengundi pemerintah yang berwibawa dan pemerintah yang mempunyai ilmu agama islam yang kuat agar Negara kita dibawah lindungan Allah.
(Siti Aisyah Binti Zulkifli, 2015428874)

1. Apa yang saya pelajari adalah , sebagai umat Islam, saya perlu berusaha menjangkaui kebolehan diri sendiri demi mencapai kejayaan kerana kebolehan manusia yang dikurniakan Allah sangatlah hebat dan luar biasa.
2. Kita hendaklah fokus kepada pencapaian hidup dalam aspek spiritual dan material dalam proses pembinaan tamadun. Pencapaian spiritual adalah untuk mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat manakala pencapaian materialistik adalah untuk meluaskan lagi dakwah ajaran agama Islam.
3. Perkongsian ilmu adalah sangat penting bagi menjamin penerusan usaha untuk memajukan lagi sesebuah tamadun.
4. Catatan sejarah amat penting bagi mengajar generasi seterusnya tentang kebolehan sebenar umat Islam pada saat kegemilangan tamadun Islam dan memberi pengajaran yang boleh diambil pada waktu kejatuhannya.
(Siti Zatil Nurhidanah Binti Zakaria, 2015428424)

1. Jagalah hubungan dengan Allah SWT. Apabila kita rapat dengan Allah SWT, nescaya hidup kita diberkati, diredhoi dan tenang.
2. Pengabdian diri kepada Allah SWT bukan sahaja pada fizikal atau anggota tetapi pada hati dan itulah yang paling penting. Semua amalan baik bermula dari hati.
3. Yakinlah dan bersangka baiklah kepada Allah SWT dalam semua perkara. In Shaa Allah hidup senang dan tenang
(Muhammad NurAizat Bin Jamalludin, 2015663992)

1. kita kena kaya, kita kena cemerlang dalam bidang kita, contoh farmasi. kita haruslah belajar dan berusaha bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang kepada kemajuan tamadun negara kita dan bangsa kita.
2. antara cara kita bersedekah kepada orang zalim ialah dengan menghentikan kezalimannya. jadi, mengapa kita harus takut jika kita benar mahu Islam tertegak di atas muka bumi.
3. dalam persahabatan kita haruslah mengamalkan sikap bersangka baik, kerana ini boleh mengeratkan ukhwah antara kita dengan sahabat.
Nor Akma binti Saleh 2015408418

1. Kita perlu menguasai segala ilmu yang kita pelajari dan menjadi yang terbaik dalam bidang yang kita ceburi agar kita dapat membantu umat islam dan dijadikan sumber rujukan oleh negara-negara luar
2. sentiasa bersangka baik dengan setiap kejadian buruk yang menimpa kita kerana Allah maha mengetahui dan tahu apa yangterbaik untuk kita
3. Sentiasa berkongsi ilmu dengan orang lain kerana ilmu itu milik Allah dan berkongsi ilmu merupakan sedekah dan saham akhirat untuk kita
(AMIRUL ASHRAF BIN ISMAIL   2015664086)