Friday, 30 October 2015

Persamaan antara Tamadun Mesir, Indus, Yunani, Hwang Ho dan Mesopotamia

1.Kedudukan geografi setiap tamadun terletak berdekatan dengan sungai.
  • tamadun Mesir- Sungai Nil
  • tamadun Indus-Lembah Indus yang disaliri oleh Sungai Indus
  • tamadun Yunani-Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitamya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean
  • tamadun Hwang Ho-Hwang Ho atau Sungai Kuning.
  • tamadun Mesopotamia-di kawasan lembah antara dua batang sungai (Sg. Tigris & Sg. Euphrates

2.Mempunyai pemimpin tertinggi

  • tamadun Mesir- Firaun
  • tamadun Indus-Pendeta
  • tamadun Yunani-raja/konsul/aristokrat/Dewan Perhimpunan dan Majlis
  • tamadun Hwang Ho-raja
  • tamadun Mesopotamia-raja
3. Kelima-lima tamadun mengamalkan sistem hamba 4. Pengkhususan kerja
  • tamadun Mesir- penenunan dan pembuatan barang tembkar dan juga peralatan, 
  • tamadun Indus-perdagangan, pertukangan, dan pembuatan
  • tamadun Yunani-petani,tentera,pedagang
  • tamadun Hwang Ho-  dua kumpulan tentera(  tentera yang menggunakan kereta kuda, tentera berjalan kaki),Golongan petani,artisan, hamba 
  • tamadun Mesopotamia-Petani, artisan, pedagang,hamba
4. Mempunyai agama atau kepercayaan
  • tamadun Mesir- konsep politeisme
  • tamadun Indus-Pendeta
  • tamadun Yunani-politeisme
  • tamadun Hwang Ho-animisme,politeisme
  • tamadun Mesopotamia-politeisme
5. Sistem tulisan
  • tamadun Mesir- hieroglif
  • tamadun Indus-piktogarf
  • tamadun Yunani-phoenicia
  • tamadun Hwang Ho-ideogram
  • tamadun Mesopotamia-cuneiform



Refleksi Mingguan (22/10/2015)- Tamadun Islam


1. saya dapat mempelajari bahawa pada suatu ketika dahulu iaitu pada zaman tamadun Islam, umat Islam adalah golongan yang hebat dan disegani oleh pihak kafir. Justeru membuktikan keupayaan sebenar umat Islam berbanding pada zaman sekarang. 
2. Kecemrelangan sesuatu sistem kerajaan sangat bergantung harap kepada betapa efektif dan amanah seorang pemimpin dalam menjalankan tanggungjawabnya. Pemimpin harus bijak dan mempunyai ilmu agama yang tinggi supaya dapat menyelesaikan masalah negara daripada akar umbi tanpa membebankan rakyat.
3. Selain itu, rakyat harus mempunyai semangat jihad dan patriotisme yang tinggi agar dapat bersama-sama berganding bahu dengan pemimpin untuk memajukan negara dan dakwah agama.
4. Ilmuwan pada zaman dahulu terutamanya ilmuwan Islam sangat mementingkan aplikasi daripada hasil pembelajaran mereka justeru banyak peralatan yang dianggap canggih pada zaman mereka tercipta.
5. Para ilmuwan ini turut mementingkan proses mencatat ilmu yang dipelajari atau baru diterokai agar dapat memanfaatkan generasi lebih muda selepas mereka tiada.
Siti Zatil Nurhidanah Bt Zakaria, 2015428424

1. Saya belajar bahawa kita perlu yakin dan mengamalkan ilmu yang kita dapat untuk membentuk tamadun islam yang hebat.
2. Kita janganlah memasukkan dunia dalam hati kita iaitu dengan memperbanyakkan istighfar dan mengamalkan amalan yang mendekatkan diri kita dengan Allah.
3. Kita perlu ada semangat jihad yang tinggi agar dapat mengerunkan pihak musuh iaitu dengan menyalurkan semangat jihad itu demi agama islam.
4. Kita perlulah mempunyai ilmu tauhid yang kuat supaya dapat menguruskan dunia berlandaskan islam iaitu saya perlu rajinkan diri dalam menghadiri ceramah ilmu agama bagi menguatkan ilmu tauhid kita.
(Siti Aisyah Binti Zulkifli, 2015428874)

1. "Future are been bought by the present time". Jika kita nak berjaya di masa hadapan, kita perlu berani paksa diri, berani buang sifat malas, berani bertanya, berani belajar, berani berkorban masa rehat dan berani membuang ego. Kejayaan ada caranya. Kegagalan ada sebabnya. Ayuh kita bermula !! Tak kisah siapa kita semalam, yang penting siapa kita esok hari sebab esok bermula pada hari ini. Hari ini kita bertindak, esok kita akan tahu apa hasilnya. Langkah seribu bermula dengan langkah pertama. Kita tanam tekad dan nekad sekuat-kuatnya. Fokus matlamat kita walau rintangan menjelma.
2. Cemerlang dalam bidang yang kita ceburi..
(Muhammad NurAizat Bin Jamalludin, 2015663992)

1. dalam usaha kita untuk membentuk tamadun yang hebat, kita harus bermula dengan diri kita dahulu. kita harus berani menegakkan prinsip diri kita, jangan mudah mendengar kritikan orang lain yang boleh menjatuhkan kita, kita lebih mengenali diri kita. jika tidak kuat, mohonlah kekuatan dari Pemiliknya iaitu Allah SWT. Allah tidak menciptakan kita lalu ditinggalkan terkontang -kanting. tidak. Allah mengurniakan kita akal, minda serta panduan yang paling agung untuk kita berpegang dengannya.
2. pelbagai masalah yang menimpa umat Melayu Islam pada hari ini adalah disebabkan tidak ditekankan pegangan tauhid dalam diri. manusia ini memerlukan panduan dalam melalui kehidupan, makajika tidak didasarkan dengan asas tauhid yang mantap, maka kita dengan mudah akan goyah dalam mempertahankan hak dan pegangan kita
3. jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu. semua ini memerlukan tahap kesabaran dan semangat yang tinggi.bermula dengan diri sendiri, kita asah semangat berjihad ini demi bangsa, agama dan negara. InsyaAllah
Nor Akma binti Saleh 2015408418


1. Memiliki pemimpin yang bertanggungjawab dan amanah amat penting dalam pembinaan sesebuah tamadun. Oleh itu, kita haruslah bijak dalam memilih pemimpin yg berupaya untuk membawa kita ke arah kejayaan
2. ilmu tauhid dan semangat jihad yang tinggi amat penting untuk membina satu tamadun yang disegani
3 amalkan segala ilmu yang kita pelajari untuk kebaikan diri,masyarakat dan negara
4. pendakwah dan ilmuan memainkan peranan penting dalam penyebaran islam dan ilmu ke serata dunia
(AMIRUL ASHRAF BIN ISMAIL 2015664086)

Thursday, 22 October 2015

Kisah Haman dalam Al-Quran


The Word Haman in the Qur'an
The name "Haman" was not known until the decoding of Egyptian hieroglyphics in the 19th century. When the hieroglyphics were decoded, it was understood that Haman was a close helper of the Pharaoh, and was "the head of the stone quarries". (Above are shown ancient Egyptian construction workers). The really important point here is that Haman is mentioned in the Qur'an as the person who directed construction work under the command of the Pharaoh. This means that information that could not have been known by anybody else at that time was given by the Qur'an. 

Saturday, 17 October 2015

Ayat Al-quran : Hubungan Manusia dengan Alam


هُوَ الَّذى خَلَقَ لَكُم ما فِى الأَرضِ جَميعًا ثُمَّ استَوىٰ إِلَى السَّماءِ فَسَوّىٰهُنَّ سَبعَ سَمٰوٰتٍ ۚ

 وَهُوَ بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ ﴿٢٩﴾



Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(al-baqarah: 29)


وَما أَرسَلنٰكَ إِلّا رَحمَةً لِلعٰلَمينَ ﴿١٠٧﴾

 “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”(al anbiyaa’:107)

وَهُوَ الَّذى أَنشَأَ جَنّٰتٍ مَعروشٰتٍ وَغَيرَ مَعروشٰتٍ وَالنَّخلَ وَالزَّرعَ مُختَلِفًا أُكُلُهُ وَالزَّيتونَ وَالرُّمّانَ مُتَشٰبِهًا وَغَيرَ مُتَشٰبِهٍ ۚ كُلوا مِن ثَمَرِهِ إِذا أَثمَرَ وَءاتوا حَقَّهُ يَومَ حَصادِهِ ۖ وَلا تُسرِفوا ۚ إِنَّهُ لا يُحِبُّ المُسرِفينَ ﴿١٤١﴾



Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.(al-an’am: 141)









وَفِى الأَرضِ قِطَعٌ مُتَجٰوِرٰتٌ وَجَنّٰتٌ مِن أَعنٰبٍ وَزَرعٌ وَنَخيلٌ صِنوانٌ وَغَيرُ صِنوانٍ يُسقىٰ بِماءٍ وٰحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعضَها عَلىٰ بَعضٍ فِى الأُكُلِ ۚ إِنَّ فى ذٰلِكَ لَءايٰتٍ لِقَومٍ يَعقِلونَ ﴿٤﴾


“Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.(ar-ra’ad :4)

أَلَم تَرَوا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُم ما فِى السَّمٰوٰتِ وَما فِى الأَرضِ وَأَسبَغَ عَلَيكُم نِعَمَهُ ظٰهِرَةً وَباطِنَةً ۗ وَمِنَ النّاسِ مَن يُجٰدِلُ فِى اللَّهِ بِغَيرِ عِلمٍ وَلا هُدًى وَلا كِتٰبٍ مُنيرٍ ﴿٢٠﴾

“Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah menundukkan apa yang ada dibumi untuk (kepentingan) mu dan menyempurnakan nikmatNya untukmu zahir dan batin. Tetapi dalam pada itu, ada di antara manusia yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu atau petunjuk dan tanpa kitab yang memberi penerangan.(luqman: 20)

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا بَاطِلًا ۚ ذَٰلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ النَّارِ﴿٢٧﴾

Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka.(shad: 27)”

وَإِنْ نَشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنْقَذُونَ﴿٤٣﴾

 Dan Kami ciptakan untuk mereka (apa) yang mereka kendarai seperti bahtera itu.(ya’sin:43)”


وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَ﴿٣٨﴾

 Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main.(ad-dukhan: 38)”

وَالْأَنْعَامَ خَلَقَهَا ۗ لَكُمْ فِيهَا دِفْءٌ وَمَنَافِعُ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ﴿٥﴾

 Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai-bagai manfaat, dan sebahagiannya kamu makan.(an-nahl: 5).”


وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِمّا خَلَقَ ظِلٰلًا وَجَعَلَ لَكُم مِنَ الجِبالِ أَكنٰنًا وَجَعَلَ لَكُم سَرٰبيلَ تَقيكُمُ الحَرَّ وَسَرٰبيلَ تَقيكُم بَأسَكُم ۚ كَذٰلِكَ يُتِمُّ نِعمَتَهُ عَلَيكُم لَعَلَّكُم تُسلِمونَ ﴿٨١﴾

Dan Allah menjadikan bagimu tempat bernaung dari apa yang telah Dia ciptakan, dan Dia jadikan bagimu tempat-tempat tinggal di gunung-gunung, dan Dia jadikan bagimu pakaian yang memeliharamu dari panas dan pakaian (baju besi) yang memelihara kamu dalam peperangan. Demikianlah Allah menyempurnakan nikmat-Nya atasmu agar kamu berserah diri (kepada-Nya).(an-nahl: 81)”

Thursday, 15 October 2015

Ketamadunan (Soalan Padlet)

Ketamadunan (Soalan Padlet)

Saidatina Aisyah r.a. mengatakan setiap malam Rasulullah s.a.w. akan bangun bertahajud dan solat. Setiap kali ketika Baginda sujud, Baginda akan menangis
lalu Aisyah r.a. bertanya
"Kenapa engkau menangis Ya Rasulullah sedangkan dirimu diampunkan dosa yang terdahulu, yang akan datang & engkau pun seorang yang maksum yakni tiada berbuat dosa?"
kata Baginda Rasulullah s.a.w.
"Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah Taala?"
lalu Baginda Rasulullah s.a.w. berdoa "Ya Allah, ampunkan doa Aisyah, yang dahulu dan yang akan datang, yang nampak dan yang tidak nampak"
Siti Aisyah kelihatan berbunga-bunga kegembiraan dengan doa Rasulullah itu.
Kemudian Rasulullah bersabda
"Kamu seronok wahai Aisyah? Ketahuilah inilah doaku setiap malam untuk umatku.."
Subhanallah, kasihnya Rasulullah pada kita.

Refleksi Mingguan (15/10/2015)

Apa yang saya belajar hari ini:

1- Tamadun merupakan satu bentuk kehalusan budi pekerti dan akhlak yang terpuji seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

2. Pada hari ini, saya mengetahui sifat kehalusan yang terdapat pada diri Rasulullah SAW telah mencerminkan ciri ketamadunan yang cemerlang pada agama Islam itu sendiri.

3. Konsep tamadun Islam itu tidak tertakluk kepada budaya Arab sahaja, jadi kita tidak seharusnya memandang budaya lain adalah bertentangan dengan Islam. Masyarakat lain mungkin tidak memakai serban dan berjubah hitam sepanjang masa seperti orang Arab, tetapi mereka masih menutup aurat dengan pakaian mereka sendiri.

4. Untuk membina tamadun Islam, asasnya adalah ilmu, akidah, syariat dan akhlak. Jadi, saya perlulah membaiki dan memperhalusi pegangan akidah tauhid saya dengan sentiasa mencari ilmu tauhid yang betul dan beramal dengan ilmu tersebut agar saya dapat menaikkan agama Islam ke satu tahap kemajuan dalam aspek pemikiran, ekonomi serta pentadbiran. InsyaAllah.

Nor Akma binti Saleh 2015408418


 1. Terbukti Islam adalah agama yang universal kerana tamadun Islam yang terbina masih memuatkan kemajuan umat manusia di dunia dan kebudayaan kaum masing-masing yang unik dipertahankan dengan berpaksikan ajaran agama Islam yang luhur.
2. Tamadun Islam sangat menitikberatkan penuntutan ilmu dalam proses pembinaan tamadun agar umat Islam tidak tersisih dari kemajuan dunia yang mana dapat membantu meluaskan lagi dakwah agama Islam itu sendiri.
3. Ilmu tauhid adalah akar kepada akidah. Akar disini bermaksud sesuatu yang tak dapat dilihat. Justeru, jika akidah kita tidak kukuh, harus diperbaiki daripada akar umbi iaitu ilmu tauhid.
4. Perbezaan tamadun Islam dengan tamadun lain adalah dari segi penekanan ilmu agama. Ilmu agama diberi keutamaan sebelum ilmu keduniaan. Hal ini justeru memajukan lagi aspek kerohanian umat Islam.
5. Manusia sangat bergantung harap kepada alam. Oleh itu, aktiviti 'recycle and reuse' harus diamalkan oleh semua pihak demi kesejahteraan alam kita bersama. Hal ini sangat bersesuaian dengan ajaran agama Islam yang menyuruh manusia bukan setakat umat Islam sahaja untuk menghargai alam.
 Siti Zatil Nurhidanah binti Zakaria, 2015428424

1. Kita perlu mengejar kehalusan tatasusila dengan cara mengingati kesusahan hidup Rasulullah yang dapat memberi pengajaran kepada kita bahawa sesusah mana hidup Rasulullah, beliau tetap mengabdikan diri kepada Allah . Oleh itu, kita perlu sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah beri kepada kita.
2. Asas tamadun ada 4 iaitu, ilmu, akidah, syariah dan akhlak. Ilmu iaitu ilmu tauhid mewakili kesemua asas yang lain. Ini menunjukkan bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan kita. Justeru itu, kita perlu mencari ilmu yang baik bagi membentuk akidah, syariah dan akhlak yang baik dalam diri kita.
3. Kita perlu sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah iaitu dengan bersangka baik terhadap Allah. Oleh itu, setiap ujian serta nikmat yang Allah telah berikan perlu kita bersangka baik terhadapNya.
(Siti Aisyah Binti Zulkifli, 2015428874)

1. Tamadun Islam bukannya Tamadun Arab.
2.  Kita perlulah mengenali Allah SWT dengan mengetahui sifat-sifatNya, perbuatanNya dan zatNya. Awwaluddin Makrifatullah. Awal beragama (Islam) itu adalah mengenali Allah.
3. Kita perlu menjaga hubungan baik dengan Allah SWT. Kita mengabdikan diri kepadaNya, yakin dan bersangka baik kepada Nya.

Muhammad NurAizat Bin Jamalludin (2015663992)


Apa yang saya belajar hari ini:
1. Setiap ilmu itu milik Allah. Jadi janganlah kita memandang rendah pada mana-mana ilmu kerana ia ibarat kita memandang rendah pada pemilik ilmu iaitu Allah SWT.
2 Tamadun Islam bukanlah Tamadun Arab. Jadi janganlah kita menyangka bahawa pakaian tamadun islam itu adalah jubah serta serban dan pakai lain bercanggah dengan islam. Islam mengamalkan keterbukaan dalam beribadah khususnya dalam hal menutup aurat asalkan pakaian itu melepasi syarat-syarat menutup aurat.
3. Alam memberi banyak manfaat kepada manusia dan manusia amat bergantung pada alam untuk hidup. Oleh itu, janganlah kita mencemari alam ciptaan Allah ini  dengan perkara yang tidak sepatutnya semata-mata untuk kebaikan diri kita sendiri. Amalkanlah amalan 'reuse' dan  ' recycle' agar kita dapat memanfaatkan alam kita dengan sebaik mungkin.
4. Kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah SWT dan juga hubungan sesama manusia.

Amirul Ashraf Bin Ismail (2015664086)

Tuesday, 13 October 2015

Refleksi Mingguan (8/10/2015)

1. Setiap Pentadbiran memerlukan seorang ketua bagi membentuk sebuah tamadun.
2. Agama memainkan peranan penting dalam sesebuah tamadun.
3. Terdapat banyak ciptaan teknologi bagi mewujudkan sebuah tamadun yang maju.
4. Undang-undang dalam sesebuah tamadun amat penting bagi menyusun atur masyarakat.
5. Sumber Alam amat rapat dengan manusia kerana manusia banyak bergantung kepada sumber alam yang sudah semestinya banyak membantu manusia dalam ekonomi sesebuah tamadun.

(Siti Aisyah Binti Zulkifli, 2015428874)

1. Sesebuah organisasi yang cemerlang memerlukan seorang ketua yang cekap dalam mentadbir pihak yang berada di bawahnya.
2.Berbeza dengan zaman sekarang, ketua atau pemerintah zaman dahulu banyak dipengaruhi oleh ajaran agama dalam urusan pentadbiran mereka, Oleh itu, rakyat sangat setia kepada pemerintah tanpa sebarang bantahan secara agresif terhadap corak pemerintahan yang dijalankan.
3. Tamadun mula terbina apabila manusia mula sedar akan pentingnya untuk bergantung kepada alam bagi penerusan kehidupan mereka. Justeru, muncul corak petempatan kekal di kawasan yang berdekatan dengan sumber air dan makanan.
4. Salah satu ciri tamadun yang lain adalah apabila wujud sistem perundangan yang mengikat rakyat kepada negara yang lebih sistematik dan makmur.
5. Sistem pendokumentasian turut wujud sejak proses pembinaan tamdun awal bagi memberi panduan kepada pembinaan tamadun seterusnya.

(Siti Zatil Nurhidanah Binti Zakaria, 2015428424)

Apa yang saya belajar hari ini:
1. Setiap tamadun mesti mempunyai seorang pemerintah, serta mempunyai sistem hierarki yang menunjukkan di bawah pemerintah tertinggi mesti terdapat golongan bangsawan atau pendeta.
 Ini menunjukkan bahawa setiap tamadun mesti mempunyai pertalian dengan konsep ketuhanan.

2. Oleh itu, ia membawa kita kepada konsep kebergantungan manusia kepada Tuhan, tidak kiralah kepercayaan mereka itu betul ataupun tidak. Pada setiap tamadun, pasti manusia terikat dengan konsep keTuhanan ini. Hal ini merujuk kembali kepada perjanjian asali manusia di alam roh yang membuktikan bahawa sifat manusia ini perlu bergantung kepada satu kuasa dan keajaiban yang mutlak.

Nor Akma binti Saleh 2015408418

1. Adanya pemimpin kerana rakyat, tanpa rakyat siapalah pemimpin.

2. Dalam mengejar arus perubahan zaman kini, kita dapat lihat teknologi sekarang seperti Smartphone, Android, Hybrid car dan aplikasi-aplikasi yang moden seperti Whatsapp, Wechat, Facebook, Instagram dan berbagai lagi teknologi yang kita sudah tercapai, kemajuan kita perlulah selari dengan kehendak agama. Jangan tinggalkan agama kerana dunia atau kemajuan yang kita capai atau yang kita hendak capai. Orang yang bijaksana adalah orang yang memandang jauh ke hadapan iaitu orang yang memandang kehidupan yang senang melangkaui dunia ini (akhirat).

Muhammad NurAizat Bin Jamalludin (2015663992)


Apa yang saya belajar hari ini:
1. Sesebuah organisasi atau tamadun memerlukan seorang pemimpin atau pemerintah untuk mengetuai organisasi tersebut. Kejayaan sesebuah organisasi atau tamadun terletak pada bahu seorang pemimpin. Oleh itu kita hendaklah bijak dalam memilih seseorang pemimpin yang boleh menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah dan jujur serta berkemampuan untuk membawa sesuatu organisasi itu ke arah kejayaan atau kegemilangan.
2. Pemerintahan pada zaman atau tamadun dahulu banyak menekankan konsep keagaman dalam pemerintahan mereka dan orang beragama dipandang tinggi dalam lapisan sosial mereka. Kesimpulannya, kita dapat lihat bagaimana pentingnya nilai keagamaan dalam membina sesebuah tamadun khususnya dalam pembinaan akhlak pemimpin, rakyat dan masyarakat sekeliling.
3. Pada zaman globalisasi ini, di mana teknologi kian berkembang banyak pihak mencipta pelbagai aplikasi-aplikasi untuk melekakan dan menyesatkan umat islam khususnya melalui media sosial. Oleh itu, kita sebagai umat islam harus bijak dalam menggunakan segala teknologi sedia ada dengan sebaik mungkin untuk menyebarkan agama islam dan menggunakannya untuk kebaikan. Bukan digunakan untuk menyebarkan fitnah dan bukan juga untuk menyesatkan orang lain.

Amirul Ashraf Bin Ismail (2015664086)

Refleksi Mingguan (24/9/2015)

1. Diri kita serta semua berasal daripada roh yang baik.
2. Kita perlu percaya dan yakin bahawa ALLAH sentiasa untuk hamba-hambaNya.
3. Kita perlu membetulkan tanggapan kita terhadap orang lain.
4. Setiap yang kita lakukan perlulah bertujuan berpada ALLAH.
5. Apa yang kita lakukan di dunia , semua akan dihitung di akhirat kelak.

(Siti Aisyah Binti Zulkifli, 2015428874)

1. Tujuan kita beribadah kepada Allah untuk mengabdikan diri kepadaNya.
2. Ukhwah antara manusia bermula sejak berada di alam roh lagi. Justeru, manusia harus saling menjaga dan jangan saling menyakiti.
3. Manusia semua berasal daripada roh yang bersifat taat dan suci. Oleh itu, manusia yang jahat masih berpeluang untuk kembali menjadi baik dan taat kepada suruhan Allah.
4. Sifat yang akan menjatuhkan manusia adalah sifat merasakan diri mulia. Oleh itu, kita janganlah meninggikan diri di hadapan orang lain mahupun di hadapan orang yang banyak berbuat dosa.
5. Manusia dianggap begitu istimewa di mata Allah.

(Siti Zatil Nurhidanah Binti Zakaria , 2015428424)

Apa yang saya belajar hari ini:

1. Saya telah didedahkan dengan perjanjian asali antara manusia dengan Allah SWT sejak di alam roh. Melalui pendedahan ini, saya telah menyedari bahwa sebenarnya kita semua adalah milik mutlak Allah SWT, tujuan kita dihidupkan adalah untuk Allah, dimatikan kita juga oleh Allah. Jadi kita tidak seharusnya berasa bongkak dan takbur untuk tidak melaksanakan amar makruf nahi mungkar dalam kehidupan seharian.

2. Konsep Tauhid kepada Allah ialah dengan mengEsakan Allah pada zat, sifat dan af'alNya serta sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Kita mestilah yakin dengan apa yang Allah tetapkan kepada kita kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

3. Saya juga menyedari bahawa selama ini kita telah menzalimi diri kita sendiri dengan menghina orang lain melalui cara pandang negatif kita terhadap mereka, merasakan diri lebih mulia. Kita selalu bersangka buruk terhadap orang lain, walhal kita tidak mengetahui punca dan sebab mengapa mereka berbuat sesuatu yang buruk itu. Sebaliknya, kita haruslah mendekati mereka dan menasihati, bukan memulaukan mereka yang terpesong, malah ada yang lebih baik peribadinya berbanding kita. Wallahua'lam.

Nor Akma binti Saleh 2015408418

Apa yang saya belajar hari ini:

1. Pelajaran hari telah membuka minda saya bahawa selama ini banyak yang kita sedar mahupun tidak sedar bahawanya kita ini kurang ilmu agama. Asal usul kita ? Perjanjian kita kepada Allah SWT ? Tugas kita di muka bumi ini ? Kenapa kita dilahirkan ke dunia ini ?. Saya belajar untuk belajar.
2.Saya belajar mengetahui siapa diri saya secara hakikatnya di dunia yang fana ini.

Muhammad NurAizat Bin Jamalludin (2015663992)


Apa yang saya belajar hari ini:

1. Asal kita daripada roh yang baik dan ukhwah antara kita juga sudah bermula dari alam roh lagi. Justeru kita hendaklah menjaga kesuciaan roh kita dengan sentiasa mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Kita juga hendaklah sentiasa menjaga hubungan antara sesama manusia untuk mengekalkan ukhwah yang suadah terjalin dari alam roh lagi.
2. Di alam roh, kita sebenarnya sudah membuat perjanjian dengan Allah secara sedar dan sukarela. Dengan pendedahan ini, saya menyedari bahawa kita sebagai manusia adalah hak milik mutlak Allah SWT dan Allah berkuasa di atas setiap makhlukNya.
3. Konsep Tauhid kepada Allah ialah dengan mengEsakan Allah pada zat, sifat dan af'alNya serta sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Kita hendaklah sentiasa berpegang teguh pada konsep Tauhid yang sebenarnya dan yakin apa yang Allah telah tetapkan untuk kita sesungguhnya Allah lebih mengatahui apa yang terbaik untuk makhluknya.

Amirul Ashraf Bin Ismail (2015664086)

Konsep Bertamadun - Tamadun Mesir Purba

Tamadun Mesir Purba